27 Mei 2011, Sempena dengan Hari Guru yang telah disambut 16 Mei yang lepas di seluruh negara, pelajar SEPINTAR tidak melepaskan peluang meraikan guru-guru dengan cara mereka yang tersendiri. Sambutan yang bertemakan Arabian Night telah dianjurkan dan di rancang oleh pelajar sendiri dibawah seliaan Kelab Guru dan Kakitangan serta Pihak Pentadbiran. Warga pendidik telah disajikan dengan persembahan multimedia dan persembahan pentas oleh pelajar-pelajar. Turut hadir memeriahkan majlis Tuan Hj Zulkifli Baharom, Yang Dipertua PIBG SEPINTAR.
Lawatan Benchmarking SMS Rembau
21 Mei 2011, SEPINTAR telah menerima pelawat untuk program Benchmarking dari SMS Rembau yang telaha tiba pada 20 Mei 2011, Jumaat. Kumpulan pelawat ini merupakan ahli BADAR dari SMS Rembau. Program ini telah dimulakan dengan taklimat seterusnya perkongsian ilmu dan taaruf. Semoga ilmu dan pengalaman yang dikongsi dapat digunakan ke arah kebaikan.
Kem Smart Solat
21 Mei 2011, telah berlangsung Kem Smart Solat peringkat sekolah yang mensasarkan warga SEPINTAR serta meningkatkan ketakwaan diri. Kem berlangsung selama 3 hari telah diselitkan dengan sesi ceramah dan amali.
Lawatan Jemaah Nazir untuk kelayakan Sekolah Kluster
19 Mei 2011, SEPINTAR telah dikunjungi oleh sepasukan yang arif Jemaah Nazir yang membuat pemantauan untuk pencalonan Sekolah Kluster Fasa 5. Pemantauan telah bermula seawal jam 7 pagi.
Taklimat Program Pengantarabangsaan Singapura
19 Mei 2011, Satu taklimat untuk Program Pengantarabangsaan Singapura telah diadakan bertempat di Bilik Seminar kepada semua peserta program ini. Taklimat telah disampaikan oleh Dr Gan Cheong Eng. Program ini dijadualkan akan dijalankan di penghujung bulan Jun.
Program Penanda Aras dan Perkongsian dengan SMS Muar
11 Mei 2011, SEPINTAR dikunjungi seramai empat orang guru dari SMS Muar bagi menjayakan program ini. Fokus program ini adalah Panitia Kimia dan Guru Bimbingan Kaunseling. Sessi taklimat dan perbincangan telah diadakan di Bilik Mesyuarat dipengerusikan oleh Tn Haji Kamilen Marzoki, PK Sepintar. Diharapkan perkongsian ini dapat merapatkan lagi hubungan kedua-dua sekolah serta melonjakkan prestasi ke tahap yang lebih tinggi.
Majlis Anugerah Cemerlang 2011
29 April 2011, SEPINTAR telah berjaya menjalankan Majlis Anugerah Cemerlang bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada mereka yang mencapai kejayaan cemerlang. Majlis telah dirasmikan oleh Pn Ashah Samah, Pengarah BPSBPSK. Beliau telah turut sudi menyampaikan hadiah-hadiah kepada penerima.
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Anda boleh buat semakan secara dalam talian di pautan berikut: https://lookerstudio.google.com/reporting/41a63535-dcad-4f41-9230-4d5f920716...
-
SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG Bandar Tasik Puteri, 48020 Rawang, Selangor. Tel: 603-60928192 Faks: 603-60917309 E-Mail: bra...





































