Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

Kursus Pengurusan Pentadbiran

Imej
  Hari: Selasa dan Rabu Tarikh:22&23 Disember 2015 Tempat: Pusat Tarbiah Fathur Rahman Sasaran : semua PPP dan PKP SBP Integrasi Rawang Tajuk sepanjang  hari pertama berkursus selasa 22 Disember 2015 Pengurusan Fail Arkib Negara Malaysia disampaikan oleh Pn Sukana Binti Suadi dari Arkib Negara Malaysia. Manakala Pengurusan Kewangan Dan Perolehan pula merupakan tajuk slot pertama pada hari kedua Rabu 23 Disember 2015, disampaikan oleh Tn Hj.Ahmad Saipudin Bin Mohamad dari BPSBPSK. Dan slot terakhir pula di bawah tajuk Keselamatan Kerajaan  disampaikan oleh Tn Hj. Mazlan bin Abd ul Wahab Pengarah, Pejabat Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Selangor (JPM). Kursus berakhir pada jam 4:30 petang. Diharapkan kursus tersebut dapat membantu semua kakitangan SBP Integrasi Rawang dalam mengaplikasikan budaya kerja cemerlang, proaktif dan berpengetahuan serta bermotivasi tinggi dengan menjadikannya sebagai salah satu sumber ilmu demi meningkatkan prestas...

Pemakluman Berkaitan Sesi Persekolahan 2016, Jadual Yuran dan Senarai Keperluan Murid 2015

Muat Turun Surat Makluman di SINI

Temuduga TMUA Ambilan 2016

Imej
23-25 November 2015, SEPINTAR telah mengadakan sesi Temuduga bagi ambilan murid Tahfiz Model Ulul Albab 2016. Sesi temuduga diadakan dalam dua slot iaitu Ujian Bertulis dan Ujian Lisan melibatkan murid-murid yang telah memilih SEPINTAR sebagai pilihan pertama. Taklimat program telah turut diadakan kepada ibubapa di Masjid Al-Qadisiah SEPINTAR dan disampaikan oleh Tn Hj Addenan Osman, Tn Hj Kamilen Marzoki dan Ust Muaz. Alhamdulillah proses temuduga berjalan lancar.

Majlis Persaraan Pn Siti Rokiah

Imej
20 November 2015, Satu majlis ringkas bagi memberi penghormatan kepada Pn Siti Rokiah telah diadakan di Dataran Raudhah bersama semua murid. Pada majlis ini hadiah-hadiah telah disampaikan kepada beliau bagi menghargai jasa sepanjang perkhidmatan. Selamat Bersara dari kami warga SEPINTAR.

Jamuan Kelab SEPINTAR

Imej
19 November 2015, Kelab SEPINTAR yang dianggotai semua Warga Pendidik dan AKP SBPI Rawang telah menganjurkan Jamuan Akhir Tahun di Anjung d Tasik Biru, Kuang. Semua yang hadir telah disajikan dengan hidangan steamboat serta pelbagai juadah lain. Pada majlis ini juga, Kelab SEPINTAR turut meraikan Pn Siti Rokiah, Guru Seni SEPINTAR yang akan bersara pada tahun hadapan. Beberapa hadiah cabutan bertuah telah disampaikan kepada ahli-ahli yang bertuah.