Taklimat Program Frog-VLE
12 Oktober 2012, Bagi memberi pendedahan kepada guru-guru SEPINTAR berkenaan program Frog-VLE, satu sesi taklimat telah diadakan bertempat dibilik mesyuarat. Kata laluan dan ID pengguna Frog telah diagihkan kepada guru-guru yang hadir.
Lawatan Kerja Pegawai Kenaziran Negara Brunei Darussalam
12 Oktober 2012, SEPINTAR telah menerima kunjungan Pegawai Kenaziran dari Negara Brunei Darussalam yang telah sama-sama berkongsi ilmu serta melihat sendiri perjalanan dan pengurusan SEPINTAR. Lawatan ini merupakan suatu yang amat bermakna bagi warga SEPINTAR yang menandakan suatu hubungan yang akan terjalin erat diantara kedua-dua negara.
Hari Pertama PMR 2012
9 Oktober 2012, Pelajar Tingkatan 3 memulakan langkah untuk menghadapi Peperiksaan Menengah Rendah di Dewan Al-Aqsa. Sebelum masuk ke dewan, calon-calon telah diberi kata-kata perangsang dan tips oleh guru-guru. Turut hadir mantan Pengetua Cemerlang SEPINTAR, Pn Hjh Senaini binti Long. Semoga kejayaan mengiringi calon-calon PMR 2012 SEPINTAR.
Fire Drill Asrama SEPINTAR
4 Oktober 2012, SEPINTAR telah mengadakan Fire Drill peringkat Asrama yang merupakan salah satu program bagi mendidik penghuni langkah-langkah menangani kecemasan di asrama. Latihan bermula jam 3.25 pagi dijalankan bersama Pasukan Bomba dari Batu Arang dengan kekuatan seramai 8 anggota. Latihan tamat jam 4.30 pagi.
Hi Tea Warga Kerja SEPINTAR di Restoran Rebung Chef Ismail
28 September 2012, Gambar-gambar suasana di Restoran Rebung Chef Ismail, Jalan Maarof Bangsar. Warga kerja SEPINTAR bersama mantan Pengetua menjamu selera dalam suasana santai dan muhibbah.
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Anda boleh buat semakan secara dalam talian di pautan berikut: https://lookerstudio.google.com/reporting/41a63535-dcad-4f41-9230-4d5f920716...
-
SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG Bandar Tasik Puteri, 48020 Rawang, Selangor. Tel: 603-60928192 Faks: 603-60917309 E-Mail: bra...
