> SBPI Rawang: September 2012

Ahad, 30 September 2012

Kem Cakna Bahasa Pelajar Tajaan

 23-25 September 2012, Pelajar-pelajar tajaan telah mengikuti Kem Cakna Bahasa bertempat di Hotel Impian, Morib dan dikendalikan oleh guru-guru SEPINTAR sendiri. Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan dan kemahiran berbahasa pelajar-pelajar Thailand di SEPINTAR. Ia juga bermatlamat memberi pendedahan bagaimana terbinanya kecemerlangan dan melunturkan sifat malas berusaha serta menghapuskan "mental block" bahawa "saya tidak boleh" kerana tidak faham bahasa penyampaian guru. Seramai 58 orang pelajar telah terlibat pada kem ini dan majlis penutup telah disempurnakan dengan kehadiran Pn Hjh Senaini binti Long, mantan Pengetua Cemerlang SEPINTAR.

Ahad, 23 September 2012

Cultural Awareness for G2G Students Programme

 19-21 September 2012, Bersempena dengan Joint Working Group meeting (JWG) pada 20 September 2012 di Pulau Pinang, satu program untuk pelajar tajaan telah diadakan bertempat di SEAMEO RECSAM Pulau Pinang. Program ini mengumpulkan 20 pelajar tajaan dari 5 buah sekolah yang mempunyai pelajar tajaan. Kemuncak program ini iaitu Grand Dinner telah dihadiri oleh Dr Sasithara Pichaichannarong, Ketua Setiausaha MOE Thailand dan Dato' Dr Rosli bin Mohamed Ketua Setiausaha KPM serta diserikan dengan persembahan oleh peserta-peserta program.

Sabtu, 15 September 2012

Majlis Persaraan Pn Hjh Senaini bt Long, Pengetua Cemerlang SEPINTAR

 14 September 2012, Seluruh warga SEPINTAR serta tetamu-tetamu jemputan mengucapkan Selamat Bersara kepada Pn Hjh Senaini bt Long dalam satu majlis gilang-gemilang di Dewan Al-Aqsa. Beliau yang telah berkhidmat di SEPINTAR sejak 2009 telah berkhidmat dengan penuh dedikasi dan dikenali sebagai pemimpin yang mudah didekati serta disenangi oleh semua warga SEPINTAR. Selamat bersara Umi.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP