Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2015

Kejohanan Ragbi 10 Sepasukan B18 SBP Peringkat Kebangsaan

Imej
 22-24 April 2-15, Pasukan Ragbi SEPINTAR telah menunjukkan pencapaian yang membanggakan apabila telah berjaya muncul sebagai Johan Plate Divisyen 2 selepas menewaskan pasukan SMS Sultan Iskandar pada perlawanan akhir Kejohanan Ragbi 10 yang berlangsung di Padang Ragbi, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Makluman Program Perkampungan Ilmu Perdana Tingkatan 3 dan 5 2015

Imej

Lawatan Penandaarasan dari SMS Sembrong

Imej
 17 April 2015, SEPINTAR telah menerima kunjungan Pentadbir, Guru serta Anggota Kumpulan Pelaksana dari SMS Sembrong bagi Program Penandaarasan di SBPI Rawang. Sesi taklimat dan perbincangan diantara kedua-dua pihak telah diadakan. Program ini diharapkan membawa manfaat yang positif kepada kedua-dua pihak serta mengeratkan hubungan.

Sukantara SEPINTAR

Imej
 15-16 April 2015, Sekitar Sukantara yang telah berlangsung selama 2 hari melibatkan acara merejam lembing, lari 100 meter dan tarik tali.

Lawatan Delegasi MOE (Southern Border Provinces Education Administration Centre - SBPAC Thailand)

Imej
 15 April 2015, SEPINTAR menerima Delegasi dari SBPAC Thailand dalam rangka lawatan ke sekolah di bawah Program Penempatan Murid Thailand Secara Tajaan KPM Malaysia. Pertemuan dengan murid tajaan telah diadakan di Bilik Seminar dengan beberapa sesi perbincangan dan soal selidik. Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat perkembangan pembelajaran dan kebajikan murid di samping mewujudkan hubungan yang rapat diantara pihak sekolah dengan pihak yang menguruskan program ini di Thailand.

Hari Kebudayaan Bahasa Perancis SBPSK Peringkat Kebangsaan kali ke-5 (Hari Ketiga)

Imej
 12 April 2015, HK Bahasa Perancis pada tahun ini telah berada di penghujungnya dan majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Dr Hjh Rosnah bt Selamat, Timbalan Pengarah BPSBPSK. Beliau telah turut menyampaikan hadiah dan sijil kepada semua pemenang acara-acara yang dianjurkan sepanjang program.