> SBPI Rawang: Jun 2014

Isnin, 30 Jun 2014

Majlis Makan Beradap dan Penyampaian Anugerah Sistem Rumah

 27 Jun 2014, Majlis Makan Beradap telah diadakan di Dewan Makan SEPINTAR dan dijalankan dengan ringkas tapi meriah. Hadirin telah dihiburkan dengan dendangan nasyid oleh pelajar SEPINTAR dan sedikit tayangan video. Tn Hj Addenan Osman, Pengetua SEPINTAR telah menyampaikan hadiah-hadiah kepada rumah-rumah yang telah berjaya menunjukkan pencapaian yang baik.

Selasa, 17 Jun 2014

Hi Tea Amal SEPINTAR











 15 Jun 2014, SEPINTAR telah berjaya mengadakan Hi Tea Amal SEPINTAR bertempat di Dewan Al-Aqsa. Majlis ini yang diadakan bertujuan mengumpul dana pembinaan sebuah 'Learning Centre' untuk kegunaan pelajar-pelajar SEPINTAR. Majlis telah turut diserikan dengan persembahan nasyid Kumpulan Raihan. Terima kasih kepada semua penyumbang.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP