> SBPI Rawang: Mac 2018

Rabu, 21 Mac 2018

Program Pengukuhan Bahasa Arab dikendalikan Jurulatih dari Ma'ahad Insan Qur'ani, Aceh, Indonesia


 Pada 16, 17 dan 18 Mac 2018 yang lalu, SBP Integrasi Rawang sekali lagi telah mengadakan Program Pengukuhan Bahasa Arab untuk warga sekolah yang kali ini mensasarkan semua murid tingkatan 1,2 & 4.
Program ini bertujuan untuk menggarap penguasaan murid-murid terhadap kosa kata terutama yang terdapat dalam DSKP bagi setiap tingkatan selain daripada penekanan kepada kemampuan bertutur dalam pengucapan awam  atau seumpamanya.
Seramai lima orang jurulatih dari Ma'ahad Insan Qur'ani, Aceh, Indonesia yang dijemput khas dibantu oleh guru Bahasa Arab sekolah dan guru Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA)  untuk merealisasikan hasrat ini.
Alhamdulillah, program ini berjaya dilaksanakan dengan baik dan lancar. Diharapkan ianya dapat diteruskan di masa-masa akan datang demi manafaat seluruh warga sekolah.

Jumaat, 16 Mac 2018

Hari Pengumuman Keputusan SPM 2017

 15 Mac 2018, Hari yang ditunggu-tunggu dengan penuh debaran oleh calon SPM telah tiba. Pengumuman keputusan kali ini telah diadakan di Dewan Al-Aqsa dengan kehadiran hampir semua calon. Tahniah dan syabas kepada semua calon.

Ahad, 11 Mac 2018

Majlis Penutup MTQ dan Festival Nasyid Daerah Gombak

  10 Mac 2018, Majlis penutup telah diadakan di Dewan Al-Aqsa, SBPI Rawang. Hadiah telah disampaikan oleh En Sulaiman Bakhari b Hj Amir, Pen. PPD Pengurusan Kemanusiaan. Pasukan SBPI Rawang telah mendapat beberapa kejayaan dan peserta yang terpilih akan mewakili Daerah Gombak ke pertandingan seterusnya. Majlis penutup untuk kategori Rendah turut diadakan disini.

Majlis Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid Daerah Gombak

 10 Mac 2018, SBPI Rawang telah diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah Majlis Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid peringkat Daerah Gombak. Acara yang dipertandingkan adalah nasyid, hafazan, tilawah dan syarahan. 

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP