> SBPI Rawang: Jun 2012

Sabtu, 30 Jun 2012

Program Pengantarabangsaan Wafdul Imtiaz Cemerlang PMR 2011 di China


Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang telah menganjurkan program pengantarabangsaan Wafdul Imtiaz (delegasi kecemerlangan) 2012 ke Negara China pada 23-27 jun 2012. Program ini melibatkan 40 orang pelajar cemerlang PMR 2011 yang telah mendapat 9A dalam peperiksaan PMR. turut serta adalah 3 orang guru pengiring. Program ini melibatkan lawatan ke Fakulti Bahasa China di Beijing Foreign Studies Universiti (BFSU). Peserta mendapat taklimat daripada pihak BFSU mengenai program-program Bahasa Mandarin untuk pelajar asing serta sesi pertukaran maklumat bersama pelajar-pelajar malaysia di BFSU. Selain itu peserta juga melawat tempat-tempat bersejarah di sekitar Beijing sepert Great Wall of China, Forbidden City dan lain lain.

Khamis, 28 Jun 2012

Sukantara SEPINTAR

 28 Jun 2012, Sukantara merupakan acara-acara yang dipertandingkan bagi membolehkan setiap ahli rumah sukan melibatkan diri dan menyumbangkan mata untuk pengiraan sistem rumah. Peserta-peserta yang berjaya melepasi tahap yang ditetapkan akan memperolehi mata bagi rumah masing-masing. Acara-acara ini juga dijalankan bersempena Sukan Sekolah yang akan diadakan pada 1 Julai 2012 nanti. Acara-acara yang dipertandingkan pada sukantara kali ini adalah Lontar Peluru dan Lari Berhalangan. Syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah mngambil bahagian.

Khamis, 21 Jun 2012

Skim Anugerah Pelajar Miskin/Anak Yatim Nasional (SANTUN) 2012

Perhatian kepada semua Lepasan SPM 2011 SBPI Rawang yang memenuhi kriteria boleh membuat permohonan Skim Anugerah Pelajar Miskin/Anak Yatim Nasional (SANTUN) 2012 dengan mengisi borang yang dilampirkan. Borang yang telah lengkap hendaklah diserahkan selewat-lewatnya 26 Jun 2012 ke Pejabat Sekolah sebelum jam 12 tengahari untuk semakan dan pengesahan.

Kriteria Pemilihan

Borang Permohonan

Rabu, 20 Jun 2012

Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Gombak2012

  20 Jun 2012, SEPINTAR telah diberi kepercayaan untuk menjadi Tuan Rumah Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Gombak 2012. Perasmian majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Abdullah bin Mad Yunus, Pengarah Pelajaran Selangor. Pada majlis ini turut disampaikan anugerah-anugerah kepada pelajar dan guru yang menunjukkan pencapaian cemerlang. Puan Marlina bt Mad Napes turut menerima Anugerah Guru Inovatif Kategori Sekolah Menengah.

Isnin, 18 Jun 2012

Jalinan bersama SBPI Kubang Pasu


 15 Jun 2012, SEPINTAR telah menerima kunjungan rombongan dari SBPI Kubang Pasu dan telah menjalankan program jalinan bersama.

Ahad, 17 Jun 2012

Karnival Keusahawanan SEPINTAR

 16 Jun 2012, SEPINTAR telah berjaya menganjurkan Karnival Keusahawanan dengan pelbagai aktiviti dan jualan telah diadakan. Program ini secara tidak langsung bertujuan memupuk minat pelajar dalam bidang keusahawanan. Sambutan yang diterima adalah amat menggalakkan dari pihak ibubapa dan masyarakat setempat. Tahniah diucapkan kepada pihak Koperasi SEPINTAR yang merupakan penyelaras program ini.

Khamis, 14 Jun 2012

Sambutan Hari Guru SEPINTAR

 13 Jun 2012, Pelajar-pelajar SEPINTAR telah bekerjasama dalam menganjurkan satu majlis sambutan di Dewan Al-Aqsa bagi meraikan guru-guru SEPINTAR. Pelbagai persembahan telah dipersembahkan oleh pelajar dan guru. Tema pada tahun ini adalah 'Harry Potter'.

Isnin, 11 Jun 2012

Majlis Pelancaran Karnival Keusahawanan 2012

 11 Jun 2012, Gambar-gambar sekitar Majlis Pelancaran Karnival Keusahawanan SEPINTAR yang telah disempurnakan oleh Pn Hjh Senaini bt Long, Pengetua Cemerlang SEPINTAR.




Ahad, 10 Jun 2012

Karnival Keusahawanan SBPI Rawang

Semua dijemput hadir bagi memeriahkan Karnival...

Jumaat, 8 Jun 2012

Program Kecemerlangan Akademik(PKA) Cuti Pertengahan Tahun

 8 Jun 2012, Sekitar Program Kecemerlangan Akademik calon-calon SPM dan PMR SEPINTAR yang berlangsung minggu kedua cuti pertengahan tahun. Turut menyertai pelajar-pelajar dari SMK Bandar Tasik Puteri.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP