Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2010

Majlis Penutup Hari Koperasi SEPINTAR 2010

Imej
Pada pagi ini telah berlangsung satu majlis penutup yang menandakan berakhirnya minggu koperasi SEPINTAR. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pn Hjh Armi Zainudin, Naib Yang Dipertua ANGKASA bertempat di Dewan Al-Aqsa SEPINTAR. Beliau juga telah menyampaikan hadiah kepada pelajar dan koperator sekolah. Dikesempatan ini juga, beliau telah merasmikan gelanggang petanque SEPINTAR dimulakan dengan upacara menanam pokok bersebelahan dengan gelanggang petanque. Majlis diserikan dengan persembahan pelajar dan multimedia.

Minggu Koperasi Sekolah 2010

Imej
Sekitar Minggu Koperasi Sekolah yang berlangsung sepanjang minggu lepas dan pesta jualan yang diadakan pada hari Sabtu 26 Jun 2010.

Program ICT Bersama Komuniti Dun Kuang

Imej
Program ini dijalankan pada 17 Jun 2010 bertempat di Makmal Komputer 1 SEPINTAR. Program ini dirangka atas tuntutan sosial yang mana harus dipenuhi oleh Fasilitator SchoolNet. Program ini melibatkan seramai 20 orang penduduk di DUN Kuang dalam lingkungan usia 15 hingga 60 tahun. Program ini antara lain dapat memberi pendedahan kepada para peserta kursus mengenai kepentingan ICT dalam mempermudahkan urusan seharian, selaras dengan hasrat kerajaan dalam mentransformasikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat bermaklumat.

Gelanggang Petanque SEPINTAR

Imej
Pihak sekolah dengan kerjasama Pihak Koperasi telah berjaya membina dua gelanggang Petanque untuk kegunaan pelajar SEPINTAR. Ini juga bersempena Hari Koperasi sekolah yang sedang berlangsung. Sedikit Sejarah Sukan ini, ia dikesan kewujudannya sejak 900 sm apabila satu set bola dan jek ditemui di makam orang Mesir Purba tahun 7000 s. m. Kemudian sukan ini dimainkan oleh oleh orang Rom dan Greek. Dikaji bahawa orang Rom orang yang pertama memainkannya di Marseilles 2600 s.m. yang lalu. Pada zaman pertengahan sukan ini sangat popular sehingga dilarang kerana sesuatu sebab yang tidak diketahui. Pa kurun ke 17 bangsawan Perancis menjadikan permainan ini sebagai permainan bangsawan dan Raja Louis XIV Perancis telah memperkenalkan permainan petanq kepada 14 mata kiraannya. Semasa perang Napoleon menggunakan peluru marian sebagai bola permainan. Sejarah moden sukan ini bermula di Clotat Perancis pada tahun 1910 apabila seorang yang cacat daripada kemalangan telah membaling bola petanq tepa...

Program PKA Jun 2010

Imej
Pada hari ini bermulalah program PKA sempena cuti pertengahan semester. Program pada kali ini lebih istimewa kerana melibatkan pelajar SEPINTAR dari Tingkatan 2 hingga 5. Antara lain bertujuan memastikan fokus pelajar dapat dikekalkan walaupun semasa cuti persekolahan. Program ini dijadualkan tamat pada hari Rabu, 8 Jun 2010.