Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2017

Kejohanan Ragbi MSSD Gombak B-18

Imej
 24-25 Januari 2017, SEPINTAR telah menghantar Pasukan Ragbi ke Kejohanan ini yang telah berlangsung di SBPI Gombak. Pasukan SEPINTAR telah berjaya muncul sebagai Johan Kategori Plate dan 6 orang pemain SEPINTAR telah terpilih untuk menghadiri sesi latihan pusat.

Notis Mesyuarat Agung PIBG dan Borang Usul

Jemputan Menghadiri Taklimat i-KBAT dan Majlis Penutupan Minggu Silaturrahim Tingkatan 1 dan 2

Kejohanan Ragbi MSSD Gombak B15

Imej
 19 Januari 2017, SEPINTAR telah menghantar sepasukan 15 orang pemain ke kejohanan yang telah berlangsung di SBPI Gombak. Pasukan SEPINTAR telah muncul sebagai juara Plate. Tahniah dan syabas.

Larian Merentas Desa SEPINTAR

Imej
 18 Januari 2017, Larian Merentas Desa SEPINTAR pada tahun ini telah diadakan di sekitar Bandar Tasik Puteri melibatkan empat kategori. Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah diadakan di Anjung Fathur Rahman, SEPINTAR.

Kejohanan Tenis Remaja Kebangsaan LTAM Sirkit -1, Kuala Lumpur

Imej
 12-15 Januari 2017, SEPINTAR telah menghantar dua orang wakil ke Kejohanan Tenis Remaja Kebangsaan LTAM Sirkit -1, Kuala Lumpur yang telah berlangsung di Kompleks Tenis Negara Tun Razak, Jalan Duta. Pada kejohanan ini, Majdina bt Mansor telah menduduki tempat ketiga (National Semifinalist Girls Double 14 & Under Age Group). Tahniah dan syabas.

Majlis Watikah Lantikan

Imej
 13 Januari 2017, Majlis Watikah Latikah Lembaga Kepimpinan Murid telah diadakan di Dewan Al-Aqsa, SEPINTAR. Majlis ini merupakan satu simbolik penurunan kuasa pihak pentadbir sekolah kepada murid serta memupuk sifat kepemimpinan murid. Pada majlis ini juga, semua ahli Lembaga Kepimpinan Murid telah melafazkan ikrar menjalankan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi.