Karnival STEP dan Simposium Inovasi Sains dan Rekacipta Peringkat Kebangsaan

 26 Julai 2017, Simposium dan Karnival ini telah diadakan di Fathurrahman Learning Centre dan Dewan Al-Aqsa SBPI Rawang. Ia telah dirasmikan oleh Prof. Dr Ahmad bin Ismail, Felo Akademi Sains Malaysia. Antara objektif penganjuran adalah memberi peluang kepada pelajar melahirkan perlakuan pintar cerdas dalam mempersembahkan penghasilan sesuatu produk berdasarkan minat dan kreativiti mereka.

Program STREAM Tingkatan 1

 Pada 20/7/17,seramai 62 kumpulan berjaya menyediakan produk utk dipertandingkan. Seramai 16 kumpulan berjaya meraih anugerah Gold, 21 kumpulan anugerah Silver dan 25 kumpulan anugerah Bronze. Markah kemenangan akan dimasukkan ke dalam sistem kokurikulum, sistem rumah dan markah peperiksaan akhir tahun 20%. Semoga program stream membantu anak2 memahami apa yg dipelajari dlm kelas. Tahniah juga kepada ibu bapa yg banyak membantu anak2 menyiapkan tugasan projek sebagai menyahut sarana ibubapa.

Perlawanan Persahabatan Pasukan Ragbi menentang SMAP Kajang

 19 Julai 2017, Pasukan Ragbi SBPI Rawang telah berkunjung ke SMAP Kajang dalam siri perlawanan persahabatan Ragbi 2017. Perlawanan ini adalah merupakan salah satu komponen latihan pusat pasukan bagi menghadapi Kejohanan Ragbi SBP Kebangsaan yang akan berlangsung di Sekolah Menengah Sains Selangor pada 21-23 Julai 2017. 

Majlis Konsultasi ke-2 tahun 2017

 14 Julai 2017, Majlis Konsultasi kali ke-2 ini telah diadakan di dua lokasi iaitu Dewan Al-Aqsa dan Fathur Rahman Learning Centre. Kehadiran ibubapa ke majlis ini adalah menggalakkan dan sesi konsultasi yang diadakan berjalan lancar.

Perlawanan Persahabatan Pasukan Kriket Menentang SEMASHUR

 8 Julai 2017, Pasukan Kriket SBPI Rawang telah bertandang ke Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor dalam siri perlawanan persahabatan menentang pasukan SEMASHUR. Perlawanan ini diharapkan dapat memberi pendedahan berguna kepada kedua-dua pasukan.

Program Jaringan Pengantarabangsaan Pengukuhan Bahasa Arab 2017

Surat Makluman Program Borang Persetujuan Ibubapa/Penjaga Testimoni Peserta

SUMBER PENJANA MUSLIM BESTARI