Catatan

Tunjukkan catatan dari 2018

Jadual Kutipan Bayaran Persekolahan 2019 dan Jadual BBM/Outing 2019

Imej

Dokumen Berkaitan Sesi Persekolahan 2019

Surat Buka Persekolahan 2019 Lampiran A Keperluan Pendaftaran 2019 Senarai Keperluan (Koperasi) Surat Kebenaran Membawa Laptop dan Borang Borang Kebenaran Balik Bermalam 2019

Perhimpunan Bulan November

Imej
 23 November 2018, Bidang Kemanusiaan telah diberi kepercayaan mengendalikan perhimpunan bulanan yang telah diadakan di Bilik Seminar. Tn Hj Addenan Osman, Pengetua SBPI Rawang telah menyampaikan amanat serta hadiah kepada guru dan AKP.

Penyampaian Hadiah NILAM

Imej
 23 November 2018, Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Program NILAM telah disempurnakan oleh Tn Hj Addenan Osman, Pengetua SBPI Rawang. Ini merupakan perhimpunan terakhir sebelum murid balik untuk bercuti hujung tahun. Tahniah dan syabas kepada semua pemenang.

Majlis Penutupan Verbal Enhancement Programme

Imej
 16 November 2018, Sekitar majlis yang berlangsung di Dewan Makan SBPI Rawang. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pn Hjh Siti Aida Ibrahim, PKKO SBPI Rawang. Tetamu dan murid juga dipersembahkan dengan pelbagai persembahan.

Eksplorasi Alam Pasca PT3 2018

Imej
 16 November 2018, Panitia Geografi telah berjaya melaksanakan Program Eksplorasi Alam di Gua Tempurung dan Hot Spring Sg. Klah.Seramai 119 orang murid Tingkatan 3 dan 12 orang guru pengiring telah terlibat dalam program ini. Hasil program ini diharapkan dapat memberi impak yang besar kepada para pelajar kerana dapat mengaitkan teori yang dipelajari di kelas dengan realiti alam yang sebenar dalam konteks pandangan karst dan pembentukan kolam air panas di bumi tropika. Sangat sesuai dengan anak-anak TMUA dalam mendekatkan diri dan menjaga hubungan dengan PenciptaNya, hubungan sesama makhluk dan hubungan dengan alam.

Gotong Royong Mengecat Pagar Asrama

Imej
 10 November 2018, Dalam usaha mewujudkan suasana asrama yang ceria, pihak pengurusan Asrama dengan kerjasama PIBG SBPI Rawang telah mengambil inisiatif mengecat pagar asrama. Kerja mengecat telah dijalankan oleh murid Tingkatan 4, warden serta ibubapa. Setinggi penghargaan diucapakan kepada ibubapa yang telah memberikan sumbangan. 

Jamuan Akhir Tahun Kelab Guru dan AKP

Imej
3 November 2018, Kelab Guru dan AKP telah menganjurkan jamuan akhir tahun bertempat di Hotel Dorsett Grand Subang Jaya. Majlis ini turut mendapat sokongan pihak PIBG SBPI Rawang.