> SBPI Rawang: Eksplorasi Alam Pasca PT3 2018

Sabtu, 17 November 2018

Eksplorasi Alam Pasca PT3 2018

 16 November 2018, Panitia Geografi telah berjaya melaksanakan Program Eksplorasi Alam di Gua Tempurung dan Hot Spring Sg. Klah.Seramai 119 orang murid Tingkatan 3 dan 12 orang guru pengiring telah terlibat dalam program ini. Hasil program ini diharapkan dapat memberi impak yang besar kepada para pelajar kerana dapat mengaitkan teori yang dipelajari di kelas dengan realiti alam yang sebenar dalam konteks pandangan karst dan pembentukan kolam air panas di bumi tropika. Sangat sesuai dengan anak-anak TMUA dalam mendekatkan diri dan menjaga hubungan dengan PenciptaNya, hubungan sesama makhluk dan hubungan dengan alam.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP