Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2016

Kejohanan Futsal Tertutup Alumni Integrasi Rawang (AIRA) bagi sesi 2016/2017

Imej
  Pada tanggal 3 September 2016 baru-baru ini telah berlangsungnya satu Kejohanan Futsal Tertutup Alumni Integrasi Rawang (AIRA) bagi sesi 2016/2017. Ini merupakan kejohanan kedua yang telah dianjurkan oleh pihak penganjur selepas kejaayan menganjurkan kejohanan yang sama pada tahun 2015 yang lalu. Selain itu, objektif utama bagi kejohanan kali ini adalah untuk merapatkan ukhuwah dan menguatkan tali persaudaraan sesama alumni SEPINTAR yang sudah lama terjalin dan dalam masa yang sama para alumni dapat membina perhubungan dan jaringan bagi kebaikan mereka di masa hadapan. Sebanyak  12 pasukan telah menyertai kejohanan ini yang terdiri daripada alumni-alumni Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang dari tahun 2004 – 2015. Penyertaan bagi kejohanan kali ini amat memberangsangkan dan ini menunjukkan kesungguhan dan komitmen pihak penganjur yang kebanyakannya terdiri daripada rakan-rakan alumni AIRA tahun 2011 dan 2013. Kejohanan Futsal Tertutup AIRA tahun ini m...

Science Discovery Petronas

Imej
 3 September 2016,  Seramai 40 orang murid Tingkatan 3 diiringi En Esa mengikuti Science Discovery Petronas di Taylor's University Lakeside campus di Subang Jaya pada 3 September 2016 dari jam 8 og hingga 5ptg. Antara aktiviti ternasuk penerangan mengenai kerjaya dalam industri petroleum Dan gas, sesi science show daripada Petrosains.

Program Bersama Ulamak : Syeikh Dr Khaleel Ismael Elyas (Ulamak Besar dari Iraq)

Imej
 2 September 2016, Semua warga SEPINTAR bersama barisan AJK PIBG telah bersama di dalam satu majlis bersama ulamak : Syeikh Dr Khaleel Ismael Elyas (Ulamak Besar dari Iraq) di Masjid Al-Qadisiah. Beliau telah menyampaikan ceramah bertajuk Ilmu dan Adab anjurran Biro Kerohanian PIBG SEPINTAR. Objektif program ini adalah mem beri pendedahn dan mendekatkan diri para murid dengan golongan ulamak yang sepatutnya menjadi inspirasi dan ikon ikutan kpd remaja pada hari ini.