> SBPI Rawang: Kejohanan Futsal Tertutup Alumni Integrasi Rawang (AIRA) bagi sesi 2016/2017

Isnin, 5 September 2016

Kejohanan Futsal Tertutup Alumni Integrasi Rawang (AIRA) bagi sesi 2016/2017

 Pada tanggal 3 September 2016 baru-baru ini telah berlangsungnya satu Kejohanan Futsal Tertutup Alumni Integrasi Rawang (AIRA) bagi sesi 2016/2017. Ini merupakan kejohanan kedua yang telah dianjurkan oleh pihak penganjur selepas kejaayan menganjurkan kejohanan yang sama pada tahun 2015 yang lalu.

Selain itu, objektif utama bagi kejohanan kali ini adalah untuk merapatkan ukhuwah dan menguatkan tali persaudaraan sesama alumni SEPINTAR yang sudah lama terjalin dan dalam masa yang sama para alumni dapat membina perhubungan dan jaringan bagi kebaikan mereka di masa hadapan.

Sebanyak  12 pasukan telah menyertai kejohanan ini yang terdiri daripada alumni-alumni Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang dari tahun 2004 – 2015. Penyertaan bagi kejohanan kali ini amat memberangsangkan dan ini menunjukkan kesungguhan dan komitmen pihak penganjur yang kebanyakannya terdiri daripada rakan-rakan alumni AIRA tahun 2011 dan 2013.

Kejohanan Futsal Tertutup AIRA tahun ini menyaksikan rakan-rakan alumni dari tahun 2013 mendapat tempat ketiga bagi kejohanan kali ini dan tahun 2010 diangkat sebagai Naib Johan setelah tewas 1-0 ditangan para alumni tahun  2011 sekaligus dinobatkan sebagai Johan Kejohanan Futsal Tertutup AIRA 2016.
Sekalung tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada Jawatankuasa Tertinggi AIRA yang banyak membantu pihak penganjur dari segi kewangan dan sokongan bagi menjayakan program kali ini.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP