> SBPI Rawang: Mac 2013

Isnin, 25 Mac 2013

Majlis Perasmian Program Cuti Sekolah Murid Tajaan










 25 March 2013, SEPINTAR telah diberi kepercayaan untuk menjadi Hos bagi Program Cuti Sekolah Pelajar Tajaan KPM yang diadakan sejak 23 Mac 2013. Tetamu kehormat yang dijemput untuk menyempurnakan majlis perasmian program ini adalah His Excellence Mr Krit Kraichitti, Duta Besar Thailand ke Malaysia. Majlis yang bermula pada jam 11 pagi telah diserikan dengan persembahan-persembahan oleh pelajar-pelajar tajaan dari SBPI Rawang.

Jumaat, 22 Mac 2013

Majlis Penyerahan dan Pengumuman Keputusan SPM 2012




 21 Mac 2013, En Addenan Osman, Pengetua SEPINTAR telah menyampaikan slip keputusan dan hadiah kepada 40 orang pelajar yang mendapat keputusan Semua A dalam peperiksaan SPM 2012 yang lepas. Tahniah dan syabas kepada semua Graduan. Semoga anda menjadi insan yang berguna kepada bangsa dan negara walau dimana sahaja anda berada. 

Khamis, 21 Mac 2013

Majlis Makan Beradap Meraikan Ketibaan Tuan Pengetua

 20 Mac 2013, Rumah Kuning telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan majlis ini yang juga untuk meraikan ketibaan Tn Pengetua, En Addenan bin Osman. Majlis yang bermula tepat jam 8 malam dihadiri oleh YDP PIBG, Tn Hj Zulkifli bin Baharom, Barisan Pentadbir serta guru-guru dan kakitangan SEPINTAR. Di majlis ini, En Addenan turut berkongsi pengalaman beliau bersama hadirin yang hadir.

Rabu, 20 Mac 2013

Program Gotong Royong Perdana


 20 Mac 2013, SEPINTAR telah mengadakan Program Gotong Royong di sekitar kawasan SEPINTAR yang melibatkan warga pendidik dan para pelajar. Program ini antara lain diadakan untuk mendidik pelajar supaya lebih bertanggungjawab terhadap persekitaran serta memupuk nilai-nilai murni di dalam diri pelajar SEPINTAR. Program ini juga diharapkan akan dapat meningkatkan rasa sayang pelajar terhadap sekolah mereka.

Sabtu, 16 Mac 2013

Makluman Untuk Hari Pengumuman Keputusan SPM 2012


My Dear ex-SEPINTARIANS (batch 0812)..
The results will be avaiable on Thursday 21st Mac 2013...( I' not sure about the exact time) Here are few do and don't..
i) Please wear your BATIK attire on this special day..(we'll be very proud to see you in batik for the very last time..)
ii) Guys please get your hair cut..you should look at your best on this special day..
iii)Again guys..strictly no jeans..please be examplary seniors to your juniors..(please make my life easier on this day...)
iv) Please settle your HUTANG..(PIBG..Hostel fee..missing text book and so on)..we've got the list of students who owe to the school...xbyr..xdpt result ori...!
v) Ladies please look at your best too..tudung tu biar nampak kemas..tak 'segebeh' mcm yg kami selalu tegur...

I think that's all..I know you are dying to meet/see/chat/get together with us and your friends again..please pray harder..please take care..Pengetua baru dah masuk..so please..pease..please..show some respects and give me your undivided cooperation during that day! Please dress to impress..see you all!

Sincerely yours,
S/U SPM

Jumaat, 15 Mac 2013

Tn Addenan bin Osman, Pengetua SEPINTAR ke-4


 11 Mac 2013, Tn Addenan bin Osman telah tiba di bumi SEPINTAR sebagai Pengetua ke-4 dan mula menjalankan tugasan beliau pada hari ini. Ketibaan beliau disambut barisan pentadbir serta barisan exco SEPINTAR. Semoga SEPINTAR terus cemerlang dibawah pimpinan dan bimbingan Tuan Pengetua.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP