Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2019

Dokumen Maklumat Berkaitan Sesi Persekolahan 2020

Senarai Keperluan Murid Mengikut Tingkatan Sesi 2020

Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5

Majlis Penutup Program Verbal Enhancement Programme

Imej
15 November 2019,  Program verbal enhancement programme (vep) melabuhkan tirainya pagi ini. Berbagai persembahan yang dipertontonkan melibatkan semua bahasa yang dipelajari di sepintar. Antaranya; koir, lakonan, dikir barat, choral speaking dll. Tahniah kepada semua guru bahasa sepintar dan bidang bahasa. Tahniah juga kepada para pelajar. Rukun 15 sepintar: BAHASA KAMI EMPAT.

Puasa Perdana dan Iftar Jamaei Sepintar

Imej
14 November 2019,  Program ini melibatkan semua murid sepintar. Untuk program ini, sahur disediakan. Kantin ditutup. Guru-guru ramai yang turut berpuasa.  Berbuka ala-ala nasi ambeng dicampur sedikit suasana shell-out. Bertempat Di foyer dan anjung sepintar. Duduk bersila di bawah. Ramai guru mengimbau kembali suasana berbuka puasa di masjidil haram dan masjid nabawi saw. Alhamdulillah. Tahniah dan terima kasih Pn Hjh Ruslina, HEM sepintar dan pasukan beliau.Semoga menjadi aktiviti bulanan sepintar, amin.

Program Jambori Anak Muda Komanwel tahun 2019

Imej
  #JAMAK'19 Tarikh: 31 Oktober sehingga 3 November 2019 Tempat:D Village Resort Ayer Keroh Melaka Bilangan peserta: 9 Lelaki 7 Perempuan Guru Pengiring: Pn Siti Nur Azila Peringkat: Antarabangsa Seramai 16 peserta telah terlibat dengan program Jambori Anak Muda Komanwel yang telah diadakan di melaka..peserta terdiri daripada beberapa unit uniform antaranya pengakap, kadet polis, ppim dan lain-lain..Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program.Antaranya: 1.Aktiviti di Kem Terendak( kem Briged PARA 10) seperti abseiling, rentas halangan, pertolongan cemas dan pameran senjata 2.Forum 3.Fun Walk di taman botanic 4.Berjalan kaki sekitar bandar melaka melalui kampung morten, jonker walk, A Farmosa dan berakhir di Taming Sari. 6.Sukaneka Kesemua peserta berjaya melaksanakan semua aktiviti dengan jayanya dan mendapat pencapaian emas..

Perkhemahan Lencana Ekspedisi Pengakap Remaja Peringkat Negeri Selangor

Imej
Tempat : Kuala Selangor Indah dan bersejarah Tarikh : 31 Okt - 3 nov 2019 ( 4 hari 3 malam) Guru Pengiring: Ustaz Syafiq dan Ustazah Madikha Alhamdulillah, 2 orang pelajar SEPINTAR Adlina Farisya Ahmad Fadzil 4 JF dan Nur Nida Farhani 4 JA telah berjaya menamatkan ekspedisi sejauh 80km dgn berjalan kaki. Mereka telah mendapat Lencana Ekspedisi pengakap iaitu lencana tertinggi dalam pengakap. Ekspedisi berjalan kaki bermula dari SK Tambak Jawa ke SK Jeram Batu 20 SK Jeram Batu 20 ke SMK Seri Tanjong SMK Seri Tanjong ke SK Assam Jawa

Verbal Enhancement Programme Booths

Imej
 1 Nov 2019, Gambar-gambar sekitar pelaksanaan Verbal Enhancement Programme.

Majlis Anugerah Kualiti

Imej
 31 Oktober 2019, Majlis yang telah dijalankan di Dewan Al-Aqsa SBPI Rawang ini telah disempurnakan oleh Tn Hj Nor Azam Abdullah, Pengetua Cemerlang SBPI Rawang. Pengiktirafan telah disampaikan kepada individu-individu yang telah mencapai kemerlangan serta menabur bakti kearah kecemerlangan sepanjang tahun 2019. Tahniah dan syabas kepada semua penerima.