> SBPI Rawang: Puasa Perdana dan Iftar Jamaei Sepintar

Jumaat, 15 November 2019

Puasa Perdana dan Iftar Jamaei Sepintar

14 November 2019, Program ini melibatkan semua murid sepintar. Untuk program ini, sahur disediakan. Kantin ditutup. Guru-guru ramai yang turut berpuasa. Berbuka ala-ala nasi ambeng dicampur sedikit suasana shell-out. Bertempat Di foyer dan anjung sepintar. Duduk bersila di bawah.Ramai guru mengimbau kembali suasana berbuka puasa di masjidil haram dan masjid nabawi saw.
Alhamdulillah.
Tahniah dan terima kasih Pn Hjh Ruslina, HEM sepintar dan pasukan beliau.Semoga menjadi aktiviti bulanan sepintar, amin.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP