Sesi Perbincangan Peningkatan Prestasi Murid
18 September 2015, Satu sesi pebincangan dua hala melibatkan guru dan ibubapa telah diadakan dengan lancar bertempat di Dewan Al-Aqsa, SEPINTAR. Sesi perbincangan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari ibubapa.
RIOBA Annual Rugby League 2015
12 September 2015, AIRA merupakan Persatuan Bekas Pelajar SEPINTAR yang bergerak akrif dalam memberi sokongan kepada sekolah dalam pelbagai aspek. Liga Ragbi yang diadakan ini di samping mewujudkan ruang pertemuan pelajar dalam masa yang sama turut memberikan pendedahan kepada pemain ragbi SEPINTAR. Hadiah telah disampaikan oleh Tn Hj Addenan Osman, Pengetua SEPINTAR.
Jemputan ke Sesi Perbincangan Peningkatan Prestasi Murid
Sesi perbincangan akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
Tarikh : 18 September 2015
Masa : 9 pagi hingga 12 tengahari
Tempat Dewan Al-Aqsa, SEPINTAR
Semua ibubapa dijemput hadir. Harap maklum.
Tarikh : 18 September 2015
Masa : 9 pagi hingga 12 tengahari
Tempat Dewan Al-Aqsa, SEPINTAR
Semua ibubapa dijemput hadir. Harap maklum.
Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform SBPI Rawang
9 September 2015, Bagi menyemarakkan semangat berpasukan dan disiplin Unit Beruniform SEPINTAR, satu pertandingan kawad kaki telah diadakan di Dataran Raudhah. Dua kategori iaitu Kategori Putera dan Puteri telah dipertandingan dan disertai semua unit beruniform SEPINTAR. Pada tahun ini, Johan Kawad Kaki Puteri telah dimenangi oleh BSMM manakala Johan Kawad Kaki Putera telah dimenangi oleh KRS. Hadiah pemenang serta cenderamata hakim telah disampaikan oleh Tn Hj Addenan Osman, Pengetua SEPINTAR. Tahniah kepada semua pasukan yang telah menyertai pertandingan ini.
Pameran Sejarah Tingkatan 4
9 Sept 2015, Satu Pameran Sejarah Tingkatan 4 telah dilaksanakan dengan jayanya sempena Bulan Kebangsaan 2015. Ini adalah aktiviti yang khas utk tingkatan 4 sahaja dan pameran berlangsung di Foyer Luar Bilik Guru dari jam 2.00 hingga 4.30 petang. Enam kelas tingkatan 4 menghantar wakil masing-masing dengan tajuk pameran yang menarik contohnya 4JK (Kota Belanda), 4JA dan 4JN (Bangunan Sultan Abd Samad). Pameran ini telah dikunjungi oleh murid2 dan juga guru. Sessi penerangan dan soal jawab juga diadakan. Pembentangan diberikan kepada juri pada jam.3.00 hingga 3.40 petang.
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Anda boleh buat semakan secara dalam talian di pautan berikut: https://lookerstudio.google.com/reporting/41a63535-dcad-4f41-9230-4d5f920716...
-
SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG Bandar Tasik Puteri, 48020 Rawang, Selangor. Tel: 603-60928192 Faks: 603-60917309 E-Mail: bra...


