Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2012

Hari Kemajuan Prestasi SEPINTAR

Imej
20 Julai 2012, Sekitar Hari Kemajuan Prestasi 2012. Disamping menyerahkan slip peperiksaan kepada ibubapa, pihak sekolah juga telah mengadakan sesi taklimat Pelaksanaan PBS Tingkatan 1 kepada semua ibubapa.

Cambridge Placement Test

Imej
 19 Julai 2012, Bagi memenuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh KPM supaya semua guru Bahasa Inggeris menduduki Cambridge Placement Test secara online, sesi berkenaan telah dilaksanakan di Makmal Komputer SEPINTAR bermula jam 9.00 pagi. Ujian yang bertujuan untuk menguji tahap kompetensi guru ini telah dijalankan selama 30 minit. Sesi telah berjalan lancar dan semua guru Bahasa Inggeris berjaya menduduki ujian secara online ini.

Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang

Imej
 17 Julai 2012, Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena Bulan Kemerdekaan disambut dan dilaksanakan mulai 17 Julai 2012 di seluruh sekolah di Malaysia. Kempen Kibar Jalur Gemilang ini dilaksanakan dengan harapan pelajar-pelajar dapat menghayati dan mencintai Negara Malaysia seterusnya menghargai dan mempertahankan kedaulatan serta mengibarkan jalur gemilang sepanjang masa. Ini selaras dengan garis panduan pelaksanaan yang telah dikeluarkan oleh KPM.

Surat Jemputan Hari Kemajuan Prestasi

Sila klik link di bawah untuk mendapatkan surat jemputan Hari Kemajuan Prestasi SEPINTAR 2012 Surat Jemputan

Majlis Pelancaran Ihya Ramadhan

Imej
 16 Julai 2012, Majlis Pelancaran Ihya Ramadhan telah diadakan bertempat di Dewan Al-Aqsa bagi menandakan persediaan warga SEPINTAR bagi menyambut bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Tema pada tahun ini adalah University of Ramadhan. Pelbagai aktiviti dirancang sepanjang bulan Ramadhan seperti Badar FM, Tarawikh, Ziarah Masjid, Futsal Ramadhan dan Bingkisan Ramadhan. Perasmian telah disempurnakan oleh Pn Hjh Senaini bt Long, Pengetua Cemerlang SEPINTAR.

Nike Gunners Interschool Challenge

Imej
 10 July 2012, SEPINTAR merupakan antara 20 sekolah telah terpilih bagi mengikuti Program Nike Gunners Interschool Challenge. Ini bersempena dengan Arsenal Pre Season tour akan datang. Cabaran pada tahun ini yang berbeza berbanding tahun lepas adalah lebih kepada persaingan antara sekolah berdasarkan Nike SPARQ Test, suatu sistem latihan untuk membina pemain berkualiti dan digunapakai oleh pasukan-pasukan ternama dunia. Sekolah yang mencapai skor SPARQ tertinggi secara purata dan dengan bilangan peserta yang dapat melengkapkan "Make It Out" mission akan dilawati pasukan Arsenal serta barangan Nike bernilai RM5000. Seramai 85 orang pemain telah menyertai program ini.

Senamrobik 1 Murid 1 Sukan

Imej
 10 Julai 2012, Senamrobik 1 Murid 1 Sukan telah diadakan bertempat di Padang SEPINTAR. Program Senamrobik 1Murid 1 Sukan Malaysia merupakan program Kementerian Pelajaran Malaysia yang berlangsung serentak selama 35 minit melibatkan seluruh murid sekolah di seluruh negara. Ianya dicatat dalam Malaysia Book of Record sebagai satu aktiviti senamrobik terbesar yang pernah dilakukan. Di SEPINTAR guru-guru dan kakitangan sokongan turut sama memeriahkan acara ini. 

Program Keluarga SEPINTAR

Imej
 9 July 2012, Bagi mengeratkan hubungan antara warga SEPINTAR, program Keluarga SEPINTAR diperkenalkan pada tahun ini. Pertemuan sesama ahli keluarga dengan ketua keluarga masing-masing telah diadakan selepas perhimpunan rasmi. Pelbagai aktiviti diisi sepanjang pertemuan ringkas yang diharapkan dapat mencapai matlamat yang diingini.

Pemantauan Jemaah Nazir Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

Imej
 3 July 2012, SEPINTAR telah dikunjungi oleh 5 orang pemantau dari Jemaah Nazir bagi penarafan SBT 2012. Pembentangan dan pemeriksaan telah dijalankan di sekolah untuk dikira dalam pemarkahan. Pihak sekolah telah berusaha bertungkus lumus bagi memenuhi keperluan pemantauan.

Hari Sukan SEPINTAR

Imej
 1 Julai 2012, SEPINTAR telah berjaya menganjurkan Hari Sukan Sekolah yang telah diadakan di padang SEPINTAR. Pelbagai acara telah dipertandingan dan keputusan keseluruhan telah dimenangi oleh Rumah Kuning. Syabas dan tahniah kepada semua yang telah berjaya dalam acara-acara yang telah diadakan.