Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2010
Imej
Seramai 35 orang ahli Pasukan Kadet Polis SEPINTAR diiringi 2 orang guru penasihat telah mengadakan lawatan ke Muzium PDRM di Bukit Aman pada 30 September 2010. Lawatan ini diadakan bertujuan menambah ilmu kepolisan serta kefahaman ahli-ahli baru. Diharapkan program ini menjadi program tahunan pasukan.

Majlis Sambutan Hari Raya dan Ramah Mesra bersama YB

Imej
Pada 24 September yang lalu, telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Raya SEPINTAR di Dewan Makan bagi meraikan guru-guru, kakitangan dan pelajar. Majlis yang cukup meriah ini telah diserikan lagi dengan kehadiran YB Abdul Shukur bin Abd Idrus (ADUN Kuang). Pada majlis ini juga beliau telah sudi menyampaikan sumbangan kepada pihak sekolah melalui Tuan Pengetua.

Salam Aidilfitri

Imej

Pelajar Darul Ansar Pulang Beraya

Imej
Pada malam 31 Ogos yang lepas, pelajar-pelajar Darul Ansar telah memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga. Perjalanan menaiki keretapi KTMB ke Hatyai mengambil masa lebih 13 jam diiringi Guru-guru serta Pegawai BSBPSK.