> SBPI Rawang: 2016

Selasa, 27 Disember 2016

Senarai Keperluan Murid 2017

Sila rujuk dokumen di bawah untuk mendapatkan maklumat mengenai Senarai Keperluan Murid Tingkatan 1 - 5 bagi Sesi 2017. Senarain ini mengandungi maklumat bayaran yang dikeluarkan oleh Koperasi SBPI Rawang.

Isnin, 19 Disember 2016

Dokumen Berkaitan Pembukaan Sesi Persekolahan 2017

Sila rujuk dokumen berikut untuk perkara berikut:

1. Surat Pemakluman Berkaitan Pembukaan Sesi Persekolahan 2017
2. Jadual Kutipan Bayaran Tambahan Persekolahan 2017
3. Senarai Keperluan Murid Lelaki Tahun 2017
4. Senarai Keperluan Murid Perempuan Tahun 2017
5. Borang Keperluan Balik Bermalam atau Ke Rumah Saudara
6. Cadangan Tarikh Balik Bermalam dan Keluar Bandar 2017

Harap maklum.

Selasa, 6 Disember 2016

Video Slot Selamat Pagi Malaysia TV1 Cikgu Sakinah dan Dze Fathi bersama SME Bank 'Y Biz Challenge'

Video Slot Selamat Pagi Malaysia TV1 Cikgu Sakinah dan Dze Fathi bersama SME Bank 'Y Biz Challenge'

Selasa, 29 November 2016

Temuduga TMUA Sesi 2017 (Hari 3)

 28 November 2016, Suasana sekitar hari hari temuduga yang berlangsung di SEPINTAR.

Ahad, 27 November 2016

PROGRAM PENGUKUHAN BAHASA ARAB SBP INTEGRASI RAWANG DAN MAAHAD INSAN QUR’ANI, ACHEH

 3 NOVEMBER 2017   HINGGA  17 NOVEMBER 2017
  
Pada  3 November 2017, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang telah menghantar seramai 41 orang peserta  ke Banda Acheh, Indonesia. Seramai 10 orang peserta lelaki dan 31 orang peserta perempuan daripada warga SBP Integrasi Rawang dan peserta jemputan daripada maahad tahfiz Al – Quran berhampiran.
Peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil mengikut tahap kemampuan berbahasa Arab peserta.  Alhamdulillah peserta menunjukkan minat yang mendalam sepanjang program berjalan dan berjaya bertutur dengan bahasa Arab dengan betul.
Selain mengikuti slot kemahiran berbahasa, peserta juga di bawa melawat dua institusi Bahasa Arab utama di Banda Acheh iaitu Maahad Islami Guntor 10 dan Maahad Insan Qurani. Peserta diberi peluang mengikuti sesi pembelajaran di kedua institusi tersebut. Peserta juga dibawa melawat beberapa tempat bersejarah kesan peninggalan peristiwa Tsunami.
Pada 17 November 2017, peserta kembali ke Malaysia dengan selamat. Semoga Program Pengukuhan Bahasa Arab ini akan memberi manfaat dan inspirasi kepada peserta dalam mendalami Bahasa Arab yang merupakan bahasa al – Quran.

Sabtu, 26 November 2016

Bengkel GROW

 26 November 2016, Semua Warga Pendidik SEPINTAR telah mengikuti Bengkel ini yang diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat SEPINTAR. Bengkel ini telah di sampaikan oleh En Mohd Fathullah Mohd Yusof, Ketua Penolong Pengarah Kanan (SBP), BPSBPSK. Pelbagai input telah dikongsi oleh beliau berkenaan GROW bersama peserta.

Jumaat, 25 November 2016

Jamuan Akhir Tahun SEPINTAR

 25 November 2016, Majlis yang diadakan bertempat di Hotel Grand Blue Wave ini merupakan kombinasi 3 acara besar iaitu Perhimpunan Bulanan, Majlis Perpisahan dan Jamuan Akhir Tahun.

Temuduga TMUA Sesi 2017 (Hari ke 2)

 25 November 2016, Sekitar hari temuduga yang berlangsung di SEPINTAR.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP