PROGRAM PENGUKUHAN BAHASA ARAB SBP INTEGRASI RAWANG DAN MAAHAD INSAN QUR’ANI, ACHEH

 3 NOVEMBER 2017   HINGGA  17 NOVEMBER 2017
  
Pada  3 November 2017, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang telah menghantar seramai 41 orang peserta  ke Banda Acheh, Indonesia. Seramai 10 orang peserta lelaki dan 31 orang peserta perempuan daripada warga SBP Integrasi Rawang dan peserta jemputan daripada maahad tahfiz Al – Quran berhampiran.
Peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil mengikut tahap kemampuan berbahasa Arab peserta.  Alhamdulillah peserta menunjukkan minat yang mendalam sepanjang program berjalan dan berjaya bertutur dengan bahasa Arab dengan betul.
Selain mengikuti slot kemahiran berbahasa, peserta juga di bawa melawat dua institusi Bahasa Arab utama di Banda Acheh iaitu Maahad Islami Guntor 10 dan Maahad Insan Qurani. Peserta diberi peluang mengikuti sesi pembelajaran di kedua institusi tersebut. Peserta juga dibawa melawat beberapa tempat bersejarah kesan peninggalan peristiwa Tsunami.
Pada 17 November 2017, peserta kembali ke Malaysia dengan selamat. Semoga Program Pengukuhan Bahasa Arab ini akan memberi manfaat dan inspirasi kepada peserta dalam mendalami Bahasa Arab yang merupakan bahasa al – Quran.