Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2017

SBPI Rawang Unggul di Kejohanan Memanah MSSD Gombak

Imej
  Kejohanan Memanah MSSD daerah Gombak yang berlangsung dari 2-5 Mei di SMK Gombak Setia sekali lagi menyaksikan Sepintar merangkul juara keseluruhan untuk tahun ke-4 berturut-turut. Seramai 7 orang pemanah Sepintar akan mewakili daerah Gombak dalam MSSS pada Julai nanti.

Program Jalinan VEP BM & BI SAM Paya Jaras di SBPI Rawang

Imej
 5 Mei 2017, SBPI Rawang telah menerima kunjungan murid dan guru dari SAM Paya Jaras bagi mengikuti Perogram Jalinan berasaskan VEP (Verbal Enhancement Program) di SBPI Rawang. Pelbgai aktiviti telah dijalankan dan perkongsian berkonsep dua hala ini di harapkan dapat memberi manfaat kepada murid kedua-dua sekolah. 

Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris Daerah Gombak

Imej
 4 Mei 2017, SBPI Rawang telah diberi kepercayaan untuk mengelolakan pertandingan Bahas Bahasa Inggeris Daerah Gombak. Pusingan Quarter Final dan Semi Final telah diadakan di Bilik LC, Bilik KKQ dan Bilik Seminar manakala Final telah berlangsung di Dewan Al-Aqsa.

Bila Mufti Berbicara; 'Jejak Pintar ke Jannah'

Imej
 1 Mei 2017, SBPI Rawang telah menerima tetamu yang cukup istimewa pada malam ini iaitu YBhg. Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan dalam slot ceramah bertajuk 'Jejak Pintar ke Jannah'. Ceramah telah disampaikan di Masjid Al-Qadisiah, SBPI Rawang dan turut dihadiri ibubapa.