Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2010

HKSBP Zon Tengah 2010

Imej
1.        Hari Kecemerlangan SBP Zon Tengah Alhamdulillah HKSBP Zon Tengah telah diadakan pada 11 – 14 Mac 2010 di SBP INTEGRASI GOMBAK. Kontinjen SEPINTAR telah menghantar 4 pasukan iaitu pasukan bola keranjang lelaki, bola keranjang perempuan, bahas Bahasa Melayu dan Bahas Bahasa Inggeris. Keputusan pertandingan adalah seperti di bawah. PASUKAN LELAKI                 HARI 1 : SEPINTAR LWN MTD : 20 - 17                                 SEPINTAR LWN ASIS : 16 - 10                                 SEPINTAR LWN SSAS : 18 - 17         ...

Majlis Formal Dinner kali-1 2010

Imej
Sekitar Majlis Formal Dinner yang diadakan di Dewan Makan Asrama pada malam 26 Mac 2010. Turut hadir memeriahkan majlis terdiri daripada Pihak Pentadbir serta guru-guru SEPINTAR dan YDP serta AJK PIBG. Majlis ini antara lain bertujuan meraikan pelajar-pelajar baru. Sedikit ceramah motivasi turut diadakan dan medal turut disampaikan kepada pemain bola sepak sekolah.

SEPINTAR Johan Bola Sepak MSSD Gombak B18 2010

Imej
Tepat jam 1.00 tengahari, 26 Mac 2010 secara rasminya pasukan bola sepak SEPINTAR telah mencipta sejarah setelah muncul sebagai Johan dalam kejohanan Bola Sepak MSSD. Tahniah dan Syabas.

Kejohanan Bola Sepak MSSD Gombak (Pusingan Kedua)

Imej
Pada pusingan kedua yang telah berlangsung pada pagi ini di SMK Seri Kundang, pasukan SEPINTAR telah berjaya memenangi semua perlawanan yang pertama menentang SMK Sri Gombak (2-0) dan yang kedua menentang SMK Hillcrest (2-0). Dengan keputusan ini melayakkan pasukan SEPINTAR ke perlawanan separuh akhir di SBPI Gombak.

Lawatan Penanda Aras LKP ke KISAS SBT

Imej
Pada 24 Mac 2010, LKP telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke KISAS SBT yang antara lain bertujuan mengetahui rahsia serta berkongsi idea dalam menjadikan LKP sebuah badan yang disegani. Rombangan kami disambut oleh Tn Hj Mohd Ismail Mahmood, PK HEM KISAS SBT. Sebelum memulakan program, kami dijemput ke Dewan Makan untuk menjamu selera dan seterusnya mendengar ucapan selamat datang oleh Tn Hj Mohd Ismail Mahmood. Beliau menekankan bahawa modul yang diguna pakai di KISAS adalah Kepimpinan Terarah dan Berwatak. Tn Hj Abdullah b Jusoh turut hadir bagi memberikan ucapan penutup di akhir sessi kami. Terima kasih diucapkan kepada pihak KISAS yang telah sudi menerima kedatangan pihak kami walau seketika.

Kejohanan Bola Sepak MSSD Gombak (Zon A)

Imej
Pada 22 Mac 2010 telah berlangsung Kejohanan Bola Sepak MSSD Gombak peringkat Zon. Pasukan SEPINTAR telah diletakkan di dalam zon A terdiri dari psukan SMK Seri Garing, SMK Darul Ehsan, STAR, SMK Lembah Keramat dan SM Teknik Sg Buloh. Perlawanan yang berlangsung seawal 8.30 pagi dan tamat tepat jam 6.45 petang berkesudahan pasukan SEPINTAR memenangi empat perlawanan manakala keputusan Seri ketika menenentang SMK Seri Garing. Keputusan ini meletakkan pasukan SEPINTAR sebagai Johan Zon A dan melayakkan pasukan untuk mara ke pusingan ke-2 pada 25 Mac 2010 di SMK Sri Kundang.

Anugerah Sistem Rumah Bulanan dan Penghargaan SPM

Imej
Pada pagi ini telah berlangsung dua acara yang bertujuan memberi semangat kepada semua untuk terus berjaya. Penyampaian Anugerah Sistem Rumah Bulanan telah disampaikan oleh Pn Hjh Senaini bt Long, Pengetua SEPINTAR kepada Rumah yang berjaya. Selepas acara penyampaian Anugerah Sistem Rumah, Tn Hj Zulkifli Baharom, YDP PIBG telah berbesar hati menyampaikan plak bagi menunjukkan tanda penghargaan pihak PIBG di atas kecemerlangan SEPINTAR pada SPM 2009 yang lalu.

Program Perkampungan Ilmu Mac 2010

Imej
Menggunakan peruntukan PKA, Program Perkampungan Ilmu telah diadakan di SEPINTAR yang bermatlamat memastikan pelajar sentiasa fokus walaupun selepas menjalani cuti yang panjang. Bagi pelajar Tingkatan 5, bermula 18 Mac manakala bagi pelajar Tingkatan 3 bermula 19 Mac. Kelas-kelas diadakan didua lokasi iaitu Bilik Seminar dan Dewan Besar. Melalui tinjauan yang dijalankan, pelajar nampaknya bersemangat dan responsif semasa menjalani program ini.

JADUAL PROGRAM PERKAMPUNGAN ILMU MAC 2010 TINGKATAN 3 & 5

Jadual Program Perkampungan Ilmu bagi pelajar Tingkatan 3 bermula 19 hingga 21 Mac 2010;   Tarikh Hari   7.30 – 10.30 am   10.30 – 10.45 am   10.45 – 1.30 am   1.30 – 2.30 pm   2.30 – 5.30 pm   5.30 – 8.00 pm 8.00 – 11.00 pm   Jumaat 19.3.10 Pelajar balik ke asrama sebelum jam 10.00 am   SC   Rehat   BI   Rehat   BAK   Sabtu 20.3.10 PAI Rehat   BM   Rehat   SEJ   Rehat   KH   Ahad 21.3.10   GEO   Rehat   MM   Rehat   Rehat Rehat   Prep     Jadual Program Perkampungan Ilmu pelajar Tingkatan 5 bermula 18 hingga 21 Mac 2010; Tarikh Hari   7.30 – 10.30 am   10.30 – 10.45 am 10.45 – 1.30 am   1.30 – 2.30 pm   2.30 – 5.30 pm   5.30 – 8.00 pm   8.00 – 11.00 pm   Khamis 18.3.10 Pelajar Sains Agama balik ke asrama sebelum jam 6.00 pm   PQS Jumaat 19.3.10 PSI Rehat   BAT / PAI Rehat BM Rehat KIM...

KUTIPAN MODUL PEMBELAJARAN & PENGAJARAN

MODUL P&P   T5   T4   T3   T2   T1   Bahasa Arab   16.00   16.00 14.00   - - Bahasa Melayu   21.00   - 7.50   - - Pendidikan Agama Islam   21.50   14.50   -   8.00   9.00   Pendidikan Syariah Islam   26.70 (T5) + 7.00 (T4) -   - - - Pendidikan Quran & Sunnah   17.50   -   - - - KELAS / ALIRAN BAYARAN MODUL (RM) Sains Agama : 5 JF, 5JM, 5JK   88.20 Sains Teknikal/ Tulin: 5DS, 5JN, 5JA 42.50   Sains Agama: 4 JF, 4JM, 4JA   16.00 Sains Teknikal/Tulin: 4DS, 4JN, 4JK   14.50 3JF, 3JM, 3JA   21.50   2JF, 2JM, 2JA   8.00   1JF, 1JM, 1JA   9.00  

Pengumuman Keputusan SPM 2009

Imej
Hari ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh seluruh warga SEPINTAR khasnya calon-calon SPM 2009. Hari Pengumuman Keputusan SPM 2009 yang telah diadakan pada pukul 12 tengahari di dewan Al-Aqsa merakam beribu macam memori kepada calon dan guru-guru. Dewan Al-Aqsa bergema dengan tepukan dan sorakan apabila Pn Hjh Senaini bt Long mengumumkan seramai 46 orang calon SPM 2009 memperolehi keputusan Straight A.

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak ke-2

Imej
Satu lagi perlawanan persahabatan telah dianjurkan, kali ini menentang pasukan Old Boys 2009. Pasukan sekolah nampaknya memberikan tentangan sengit dan perlawanan berjalan dalam keadaan yang mesra. Diharapkan semua pelajar yang telah tamat pengajian di SEPINTAR mempunyai semangat cintakan sekolah dan sedia membantu adik-adik dalam apa jua lapangan.

Tamrin Peningkatan Iman Tngkatan 3

Imej
Kursus ini telah berlangsung dari 5 hingga 7 Mac 2010 dan dikendalikan oleh Fasilitator-Fasilitator dari Darul Quran. Selain meningkatkan iman dan ketaqwaan pelajar, kem ini juga bertujuan membentuk muslim yang mempunyai jati diri yang tinggi dan kepimpinan yang utuh.

Sessi Perkenalan Warden

Imej
Bagi menyambut kehadiran pelajar baru tingkatan 4 seramai 18 orang, satu sessi perkenalan telah diadakan bersama warden aspura dan aspuri. Majilis diadakan pada malam 7 Mac 2010 bertempat di Bilik KKQ. Pelajar baru telah diberi taklimat oleh warden yang hadir dan penutup telah disampaikan oleh Pn Hjh Maimunah Ismail selaku ketu warden. Selamat datang diucapkan kepada keluarga baru sepintar.

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak B-18

Imej
Bagi mempersiapkan pasukan ke kejohanan MSSD bola sepak B-18, satu perlawanan persahabatan telah diadakan menentang pasukan dari SMK Bukit Gading.

Program Lambaian Kaabah

Imej
Pada 7 Mac 2010 yang lepas, pelajar-pelajar tingkatan 5, SBPI Rawang telah selamat menjalani Program Lambaian Kaabah yang diadakan di Dataran Raudhah. Program ini dikendalikan oleh Pegawai dari Lembaga Tabung Haji yang antara lain bertujuan untuk mendedahkan pelajar-pelajar ini perjalanan mengerjakan haji.

Majlis Penutup Kejohanan Kriket SBP Zon Tengah

Imej
Kejohanan yang berlangsung selama 4 hari ini akhirnya melabuhkan tirainya pada petang Ahad, 7 Mac 2010. Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Shukor bin Idrus, ADUN Kuang. Dalam majlis ini juga, medal dan sijil telah disampaikan kepada pemenang-pemenang. Tempat Pertama telah diungguli oleh Sekolah Alam Shah, Tempat Kedua pasukan dari SBPI Sabak Bernam, Tempat Ketiga diduduki oleh pasukan tuan rumah SBPI Rawang manakala Tempat Keempat SBPI Rawang. Syabas kepada pasukan yang berjaya. Pasukan Sekolah Alam Shah dan Pasukan SBPI Sabak Bernam Pasukan SBPI Rawang dan Pasukan SBPI Gombak

Perarakan Maulidur Rasul Sepintar

Imej
Pertandingan Perarakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah yang diadakan pada 3 Mac 2010. Disertai oleh semua rumah dimana setiap rumah menghantar satu kontijen putera dan satu kontijen puteri. Ceramah Maulidur Rasul juga diadakan selepas pertandingan dan penceramah jemputan adalah Ustaz Ghazali Omar. Upacara penyampaian hadiah dan Anugerah Tokoh Maulidur Rasul juga diadakan.