Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2014

Karnival Sukan Murid Tajaan KPM (Hari Pertama)

Imej
31 Oktober 2014, SEPINTAR yang telah dipilih untuk menjadi Tuan Rumah Karnival yang mengumpulkan semua murid-murid Tajaan memulakan hari pertama dengan sambutan peserta di lobi Masjid Al-Qadisiah. Semua peserta tiba mengikut jadual dan memberikan kerjasama yang baik. Selepas selesai proses pendaftaran kontigen, semua peserta ditempatkan di Dewan Makan untuk taklimat berkaitan bagi memastikan kelancaran Karnival ini.  Cabutan undi semua pasukan bertanding di Pertandingan Bahas Bahasa Melayu turut diadakan.  Disebelah malam pula, acara pertama dimulakan iaitu pertandingan Bahas Bahasa Melayu yang diadakan di dua lokasi iaitu Bilik Seminar dan Pusat Sumber.

Majlis Mohon Restu Calon SPM SEPINTAR

Imej
 31 Oktober 2014, Majlis mohon restu telah diadakan di Dataran Raudhah melibatkan semua guru dan pelajar tingkatan 5. Majlis ini diharapkan dapat memberi semangat kepada calon-calon SPM dalam menghadapi peperiksaan yang akan tiba.

Majlis Graduasi dan Sirih Pulang ke Gagang kali ke-11, 2014

Imej
 25 Oktober 2014, Majlis yang diadakan di Intekma Resort & Convention Centre Shah Alam ini berjalan lancar dan mecapai objektif. Tetamu kehormat di majlis ini adalah Timbalan Pengarah BPSBPSK sendiri iaitu Tn. Hj. Md Kassim bin Md Noah. Beliau turut menyampaikan skrol kepada semua Graduan SEPINTAR. En Ibrahim Seddiqi bin Talib mewakili ibubapa menyampaikan ucapan dan menerima simbolik Sirih Pulang ke Gagang yang disampaikan oleh Tn Hj. Addenan bin Osman, Pengetua SEPINTAR. Di majlis ini juga, AIRA (Alumni Integrated Rawang) turut mengambil kesempatan mempersembahkan montaj pengenalan AIRA dan ucapan di sampaikan oleh Saudara Wan Najlin. Tahniah diucapkan kepada semua Graduan semoga ini akan menyuntik semangat dalam menghadapi Peperiksaan SPM yang akan datang.