Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2020

Majlis Perpisahan Cikgu Raja Sarimah Raja Alias

Imej
  28 feb 2020 Majlis perpisahan cikgu kesayangan sepintar, ym raja sarimah raja alias. Selamat bersara pn raja. Semoga Allah kurniakan kesihatan berpanjangan untuk terus berjuang dalam bidang pendidikan tahfiz dan kesukarelawanan. Sepintar bakal merinduimu. 

Lawatan ke Level Up@Bangsar

Imej
 28 Februari 2020, Program yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti Selayang ini merupakan salah satu usaha memperkenalkan industri gaming dan developer kepada murid yang terlibat. 4 orang murid SBPI Rawang telah diberi peluang menyertai lawatan ke pejabat Level Up@Bangsar yang merupakan inkubator game developer di Malaysia.

Bengkel Kejurulatihan Level Up@School

Imej
 26-27 Februari 2020, SBPI Rawang telah menghantar wakil ke Bengkel yang telah diadakan di  Kolej Komuniti Selayang dianjurkan dengan kerjasama MDEC Malaysia. Pada bengkel ini, murid telah didedahkan dengan aplikasi Unity untuk membantu mereka menyertai pertandingan Level Up yang akan diadakan bermula Julai 2020.

Bengkel Kerja Pengurusan Asrama Zon Tengah

Imej
  Tahniah para penggerak sistem rumah sepintar! Kami semua tumpang bangga! —————///—————— Alhamdulillah, hari ini genap 3 hari 10 orang pelajar tingkatan 5 berkampung di SMAP Kajang untuk Bengkel Kerja Pengurusan Asrama Zon Tengah. SEPINTAR telah dinobatkan sebagai Johan bagi kategori Best Practices Award . antara isi pembentangan ialah Rukun 15 Sepintar, Diari Murid Cemerlang ( DMC) dan Sepintar Equine Club. Rukun 15 Sepintar telah berjaya mencuri perhatian seluruh warga SBP Zon Tengah dan telah menjadi perbualan hangat semasa program. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Tn. Haji Nor Azam bin Abdullah Pengetua Cemerlang Sepintar kerana telah memperkenalkan Rukun 15 dan juga kerjasama guru-guru Sepintar dalam memastikan murid-murid mempraktikkannya di asrama dan sekolah. Wakil pembentang Sepintar ialah: 1)Nur Akil Shamil - Ketua Rumah (KR) Ruby 2)Nuwair Fasyin - KR Topaz 3)Raihana Zahra - PKR Sapphire 4)Nurul Adikah - PKR Ruby 5)Nor Ashiqin - E...

Kejohanan Petanque Terbuka Antarabangsa Terengganu 2020

Imej
  Sepintar Menyertai Kejohanan Petanque Terbuka Antarabangsa Terengganu 2020 Peserta Sepintar seramai 8 orang. 2 L 6 P Tarikh: 22/2 - 23/2/2020 Lokasi: Dungun ,Terengganu Kejohanan kali ini disertai pemain Sukma, pemain Negeri dan peserta Antarabangsa. 8 Atlit cilik dari Sepintar ini mencuba nasib dan misi utamanya menimba pengalaman. Ibaratnya mereka baru pegang bola Petanque dan baru belajar sukan ini. Syabas pada GP Petanque Ustaz Yunus yang gigih berusaha bangunkan potensi murid Sepintar dalam arena sukan ini. Sanggup belajar dahulu, ambil kursus pengadilan, membawa murid terus ke arena antarabangsa. Satu percubaan yang berani... Walaupun tiada hasil kemenangan tetapi murid dan guru pengiring mendapat ilmu dan pengalaman berharga di Dungun. Satu pengalaman kembara yang menarik dalam team Petanque ini... Anak anak Tahfiz pergi bertanding, pasti Quran bersama mereka. Guru pengiring juga Guru Quran. Sesibuk mana urusan kejohanan team Sepintar tidak lupa tugas haki...

Hari Konsultasi Akademik 1/2020

Imej
  21 Feb 2020 Hari konsultasi akademik sepintar. Terima kasih kepada ibu bapa yang hadir hari ini. Semoga perbincangan bersama-sama guru hari ini akan memberikan manfaat maksimum kepada kecemerlangan akademik dan hafazan anak-anak kita, insya-Allah.

Puasa Perdana dan Iftar Jamaei Februari

Imej
 20 Februari 2020,  Puasa perdana Februari dikendalikan dengan cemerlang oleh rumah topaz. Hari khamis minggu terakhir. Buka puasa bersila. Makan dalam talam. Meriah. Ukhuwwah. Barakah.

Jemputan ke Hari Konsultasi Akademik 1/2020

SBPI Rawang Johan Kejohanan Bola Sepak MSSD Gombak

Imej
 14 Februari 2020, Gempar!!! SBPI Rawang johan Kejohanan Bola Sepak B18 MSSD Gombak. Jika semalam pasukan bola jaring b18 sepintar mengejutkan pentas mssd gombak dengan menjuarai kejohanan, hari ini pasukan bola sepak b18 sepintar juga menurut jejak. Tak pernah berlaku dalam tempoh 10 tahun, kata anak-anak sepintar. Tahniah pk koku, guru penasihat, jurulatih, pemain, ibu bapa, penyokong dan semua yang terlibat termasuk pilot. الحمد لله الحمد لله الحمد لله