> SBPI Rawang: Program Ziarah Cakna

Selasa, 11 Februari 2020

Program Ziarah Cakna

 Program Ziarah Cakna telah bermula sejak 2019 apabila Menteri Pendidikan ketika itu Dr Maszlee Malik telah melancarkannya pada 28 Januari 2020. Program ini adalah kesinambungan program Guru Penyayang iaitu guru-guru digalakkan menziarahi murid yang bermasalah samada disiplin seperti ponteng atau sakit untuk bertanyakan khabar.
Sepintar di bawah Unit Kaunseling seperti juga sekolah-sekolah lain seluruh negara telah melancarkan program ini pada 10 Februari 2020 iaitu tarikh pelancaran serentak di seluruh negara. Tuan Pengetua telah berucap dan membacakan teks ucapan Timbalan Menteri Pendidikan sambil memberikan sedikit nasihat kepada murid+murid. Seterusnya pentadbir yang diwakili Pen Kanan HEM, Pn Ruslina Ahmad, Kaunselor-kaunselor En Esa Abd Samad dan En Mohd Hafiz b Mat Hussin, juga guru-guru tahfiz, Pn Hidayah dan Pn Haila telah menziarahi seorang murid Sepintar yang ditimpa kemalangan, Rozarafiq b Rizanizam di Wad 3 KPJ Healthcare Hospital Damansara. Program akan diteruskan dengan siri-siri lawatan oleh pentadbir dan kaunselor ke rumah-rumah murid yang memerlukan.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP