> SBPI Rawang: Hari Terbuka Asrama

Ahad, 9 Februari 2020

Hari Terbuka Asrama

 8 Februari 2020, Hari terbuka asrama sepintar 2020 telah dilaksanakan dengan jayanya hari ini, alhamdulillah.

Program ini dibahagikan kepada dua bahagian:

a) pertandingan dorm ceria

Ajk pibg, pentadbir dan warden mengadili kekemasan dan keceriaan dorm murid-murid sepintar menggunakan instrumen yang diubah suai daripada instrumen anugerah asrama terbilang (asat)

b) pot luck ibu bapa

Ibu bapa boleh naik ke dorm anak masing-masing dan ber”pot luck” bersama-sama.

Dorm sangat cantik.
Suasana pot luck juga sungguh ceria.

Tahniah dan terima kasih pk hem, penyelia, juruteknik, warden, guru-guru, ibu bapa serta murid-murid sepintar.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP