> SBPI Rawang: Bengkel Kerja Pengurusan Asrama Zon Tengah

Rabu, 26 Februari 2020

Bengkel Kerja Pengurusan Asrama Zon Tengah

 Tahniah para penggerak sistem rumah sepintar!
Kami semua tumpang bangga!

—————///——————
Alhamdulillah, hari ini genap 3 hari 10 orang pelajar tingkatan 5 berkampung di SMAP Kajang untuk Bengkel Kerja Pengurusan Asrama Zon Tengah.
SEPINTAR telah dinobatkan sebagai Johan bagi kategori Best Practices Award . antara isi pembentangan ialah Rukun 15 Sepintar, Diari Murid Cemerlang ( DMC) dan Sepintar Equine Club.
Rukun 15 Sepintar telah berjaya mencuri perhatian seluruh warga SBP Zon Tengah dan telah menjadi perbualan hangat semasa program.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Tn. Haji Nor Azam bin Abdullah Pengetua Cemerlang Sepintar kerana telah memperkenalkan Rukun 15 dan juga kerjasama guru-guru Sepintar dalam memastikan murid-murid mempraktikkannya di asrama dan sekolah.
Wakil pembentang Sepintar ialah:
1)Nur Akil Shamil - Ketua Rumah (KR) Ruby
2)Nuwair Fasyin - KR Topaz
3)Raihana Zahra - PKR Sapphire
4)Nurul Adikah - PKR Ruby
5)Nor Ashiqin - Exco 3K

dan slide pembentangan telah disediakan oleh
Dalili Auni - PKR Topaz.

Selain itu, seorang daripada pelajar Sepintar iaitu Nuhammad Faidh Izzuddin ( Exco 3K) telah dinobatkan sebagai PeseRta Terbaik Keseluruhan bagi Rumah Sapphire.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP