> SBPI Rawang: Kejohanan Petanque Terbuka Antarabangsa Terengganu 2020

Isnin, 24 Februari 2020

Kejohanan Petanque Terbuka Antarabangsa Terengganu 2020

 Sepintar Menyertai Kejohanan Petanque Terbuka Antarabangsa Terengganu 2020
Peserta Sepintar seramai 8 orang.
2 L 6 P
Tarikh:
22/2 - 23/2/2020
Lokasi:
Dungun ,Terengganu
Kejohanan kali ini disertai pemain Sukma, pemain Negeri dan peserta Antarabangsa.
8 Atlit cilik dari Sepintar ini mencuba nasib dan misi utamanya menimba pengalaman. Ibaratnya mereka baru pegang bola Petanque dan baru belajar sukan ini. Syabas pada GP Petanque Ustaz Yunus yang gigih berusaha bangunkan potensi murid Sepintar dalam arena sukan ini. Sanggup belajar dahulu, ambil kursus pengadilan, membawa murid terus ke arena antarabangsa. Satu percubaan yang berani... Walaupun tiada hasil kemenangan tetapi murid dan guru pengiring mendapat ilmu dan pengalaman berharga di Dungun.
Satu pengalaman kembara yang menarik dalam team Petanque ini... Anak anak Tahfiz pergi bertanding, pasti Quran bersama mereka. Guru pengiring juga Guru Quran. Sesibuk mana urusan kejohanan team Sepintar tidak lupa tugas hakiki mereka menghafaz Quran, buat Murajaah, buat Tahriri... Jadual mereka 4 hari penuh dgn aktiviti bermanfaat. Kekuatan fizikal dapat, kekuatan mental dan rohani terisi juga. Tahniah anak anak Petanque..
Anda insan hebat sebenarnya. Semoga ada rezeki di lain waktu untuk kalian semua. Tambahkan lagi ilmu dalam arena sukan ini.
Keputusan perlawanan
Wanita
Sepintar A
Game 1 : vs PERLIS A (2-13)
Game 2 : vs SUKMA PERAK (4 - 13)
Sepintar B
Game 1 : vs PAHANG B (13-6)
Game 2 : vs SUKMA TERENGGANU B (1-13)
PLAY OFF : vs PERLIS H (5-13)
Sepintar C
Game 1 : vs PAHANG E ( 0-13)
Game 2 : vs SUKMA SARAWAK (3-13)
Lelaki
Sepintar
Game 1 : vs PAHANG 16 (3-13)
Game 2 : vs PDRM 9 (0-13)
Tahniah dan terima kasih Ustaz Yunus & Ustazah Adawiyah 🌹🌹🌹
Usaha dan kesungguhan yang harus dipuji untuk Ustaz Yunus kerana menggerakkan sukan Pentaque untuk kemenjadian anak Sepintar dalam Arena Pentaque .Syabas dan syukur... Teruskan usaha hingga kita sebaris dgn juara dunia lain suatu hari nanti.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP