28 Mei 2015, Hari Guru SEPINTAR telah diadakan di Dewan Al-Aqsa dan guru-guru telah diraikan dan dihidangkan dengan pelbagai persembahan pelajar. Ucapan perasmian telah disampaikan oleh Tn Hj Addenan Osman, Pengetua SEPINTAR. Majlis yang membawa tema 'Retro' ini berjalan lancar dan mengikut perancangan. Tahniah kepada jawatankuasa penganjur majlis ini.
Perhimpunan Bulanan Mei 2015
27 Mei 2015, Bidang Sains dan Matematik telah diberi tanggungjawab mengelolakan perhimpunan bulan Mei di Bilik Seminar. Pn Shajaratuddur, GKMP Bidang Sains dan Matematik telah menyampaikan laporan bulanan. Hadiah-hadiah dan sumbangan telah disampaikan oleh Tn Hj Addenan Osman, Pengetua SEPINTAR.
Lawatan Penandaarasan dari SBPI Gopeng
15 Mei 2015, SEPINTAR telah menerima kehadiran guru-guru serta murid-murid dari SBPI Gopeng untuk Program Penandaarasan. Sebelum perbincangan diadakan, taklimat berkenaan SEPINTAR telah disampaikan oleh Tn Hj Kamilen Marzoki, Penolong Kanan SEPINTAR di bilik mesyuarat. Selepas taklimat selesai, perbincangan dalam kumpulan diadakan dalam bidang masing-masing. Walaupun masa yang singkat, namun perbincangan berjalan lancar. Diharapkan program ini memberi impak positif kepada kedua-dua pihak.
Bengkel Pengenalan Blackboard
12-13 Mei 2015, Guru-guru Tingkatan satu telah diperkenalkan dengan satu lagi sistem LMS yang diberi nama Blackboard. Bengkel selama 2 hari ini diadakan di Makmal Komputer SEPINTAR dan mencapai objektif pelaksanaan. Peserta telah diajar cara-cara login, pengenalan paparan antara muka, memasukkan bahan serta menyediakan soalan serta ujian.
Program Latihan Kawad PIBG
10 Mei 2015, Program yang julung kali diadakan ini dibawah bimbingan AJK PIBG, Tn Hj Mohd Razeef b Md Jee, Pegawai Angkatan Tentera Malaysia. Aktiviti kawad selain menerapkan nilai disiplin, kepatuhan dan sentiasa bersiap siaga, ia juga mewujudkan pengalaman baru kepada pelajar-pelajar apabila berpeluang belajar daripada mereka yang pakar.
Kursus Peningkatan Bakat Murid Menerusi Pendekatan SEM serta Program Tahfiz Model Ulul Albab(TMUA)
26-27 April 2015, SEPINTAR telah mengadakan kursus yang merupakan satu platform sebagai pendedahan kepada Schoolwide Enrichment Model(SEM) bertempat di SMK Lembah Bidong, Setiu dan SM Imtiaz, Besut di Terengganu. Penempatan delegasi SEPINTAR di Terengganu disediakan oleh SMS Setiu. Ketibaan delegasi disambut ceria oleh Pn Hjh Hasimah Harun, PK HEM Setiu yang merupakan bekas PK HEM SEPINTAR. Turut sama menyambut delegasi adalah En Saifuldin Mahmood, PK SMS Setiu beserta Exco Pelajar. Setiba di SMK Lembah Bidong, delegasi SEPINTAR disambut oleh Tn Hj Mohd Nasir bin Abd. Rahman, Tn Pengetua serta barisan pentadbir. Peserta telah mengikuti taklimat serta dibawa melihat sendiri program SEM yang telah dijalankan. Destinasi seterusnya iaitu SM Imtiaz Besut disambut oleh Tn Hj Abdul Wahab bin Mohd Arshad, Pengetua SM Imtiaz Besut.
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Anda boleh buat semakan secara dalam talian di pautan berikut: https://lookerstudio.google.com/reporting/41a63535-dcad-4f41-9230-4d5f920716...
-
SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG Bandar Tasik Puteri, 48020 Rawang, Selangor. Tel: 603-60928192 Faks: 603-60917309 E-Mail: bra...





























