> SBPI Rawang: September 2014

Isnin, 29 September 2014

Perhimpunan Awam Bulan September 2014

 26 September 2014, Perhimpunan Awam Bulanan telah diadakan dengan jayanya dan dikelolakan oleh Bidang Kemanusiaan.

Ahad, 21 September 2014

Ceramah Kemerdekaan

10 September 2014, Semua warga SEPINTAR telah mengikuti Ceramah Kemerdekaan dengan tema Nasionalisme bertempat di Dewan Al-Aqsa. Ceramah ini yang diadakan bersempena bulan Kemerdekaan telah disampaikan oleh Dr Mohd Supian bin Sabtu, Pensyarah Kanan Jabatan Sejarah Universiti Malaya.

Jumaat, 12 September 2014

Pertandingan Rekacipta dan Inovasi Institusi Pengajian Tinggi Swasta (PERINTIS)

 10 September 2014, SEPINTAR telah menyertai Pertandingan Rekacipta dan Inovasi Institusi Pengajian Tinggi Swasta (PERINTIS)di Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL) Kajang Selangor. SEPINTAR telah menghantar 8 pasukan yang terdiri daripada 30 orang pelajar tingkatan 4 sebagai persediaan untuk pertandingan-pertandingan R&D tahun 2015. SBPI Rawang telah berjaya merangkul 1 anugerah gangsa, 3 anugerah perak dan 2 anugerah emas serta 1 anugerah khas kategori hijau.

Selasa, 9 September 2014

Inspection Asrama bersama Wakil PIBG

 7 September 2014, Penyertaan pihak ibubapa dalam memantapkan sahsiah dan jati diri pelajar adalah amat digalakkan untuk kebaikan semua. Wakil PIBG telah hadir untuk sama-sama menyertai Inspection Asrama mingguan yang diadakan bermula jam 8.30 pagi. Program ini berjalan lancar dan mendapat respon positif daripada ibubapa yang menyertai.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP