Tahniah diucapkan kepada semua yang telah mendapat Tawaran ke Tingkatan 4 Sesi 2011 di SBPI Rawang.
Majlis Pendaftaran akan dijalankan pada 7 Februari 2011 (Isnin) di Dewan Al-Aqsa. Pelajar boleh merujuk senarai barang keperluan diri di laman web ini pada bahagian Free Download atau klik link berikut:
Senarai Semak Barang Keperluan:
https://www.box.net/shared/tznxvm76tp
Anda boleh merujuk senarai barangan tersebut bagi memastikan anda tidak membawa barangan yang berlebihan atau tidak mencukupi.
Tamrin Tingkatan 5 (Mukhayyam Qiyadi)
Bertempat di Masjid Bandar Tasik Puteri, sedang berlangsung Tamrin Pelajar Tingkatan 5 bermula 21-23 Januari 2011. Pelajar mengikuti pelbagai program yang telah diatur dan bermalam disana selama 2 malam.
Sambutan Ulang Tahun Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat
Guru dan pelajar-pelajar yang menyertai Sambutan Ulang Tahun Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat.
Prodigy 2011
Muka hadapan dan belakang
PRODIGY 2010 iaitu majalah sekolah telah diedarkan kepada warga SEPINTAR di awal sesi persekolahan 2011. Edisi 50 muka surat ini sarat dengan informasi dan gambar yang menggambarkan suasana di SEPINTAR. Corak batik SEPINTAR digunakan sebagai latar muka hadapan dan belakang.
Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan LKP dan Nuqaba'
Majlis ini telah diadakan di Dewan Al-Aqsa pada pagi ini dan telah dirasmikan oleh Tuan Inspektor Farouq Fakhzan bin Mohd Nordin, Pegawai Penyiasat Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah IPD Gombak. Watikah telah disampaikan oleh Pn Hjh Senaini dan Tuan Inspektor Farouq. Majlis tamat jam 9 pagi. Penyerahan watikan ini menandakan penurunan kuasa dari pihak pentadbiran.
Program Minggu Silaturrahim Tingkatan 1 sesi 2011
Slot Persembahan merupakan slot kemuncak program ini dimana semua pelajar baru perlu membuat persembahan dan menunjukkan bakat masing-masing. Program yang berjalan selama seminggu ini berjalan lancar dan mengikut perancangan yang telah dibuat.
Program Pengantarabangsaan SEPINTAR di Songkhla, Thailand
SEPINTAR telah menghantar rombongan delegasi terdiri daripada 5 orang guru dan 27 orang pelajar putera dan puteri ke Hat Yai bagi menjayakan program pengantarabangsaan SEPINTAR. Program telah diatur bersama Mahavajiravudh Changwat Songkla School bertujuan berkongsi ilmu serta pengalaman dan menjalankan aktiviti kokurikulum bersama-sama. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Rozaimi Harun, Consul di Kedutaan Malaysia Songkhla.
Berikut merupakan ringkasan aktiviti sepanjang program.
.
Hari Pertama (2/1/2011)
-Rombongan bertolak dari Stesyen Keretapi Rawang ke Padang Besar jam 10.00 malam.
Hari Kedua (3/1/2011)
-Tiba di Stesyen Keretapi Padang Besar jam 10.30 Pagi.
-Bertolak ke Stesyen Keretapi Hatyai .
-Tiba di Hatyai dan rombongan di sambut oleh Pegawai Dari Southern Border Province Administration Center (SBPAC).
-Bertolak ke bandar Hatyai untuk lawatan dan membeli belah
-Melawat Bandar Songkla dan makan tengahari di Pantai Songkla.
-Mengadakan Perlawanan Persahabatan Bola Sepak dan Bola Jaring dengan Sekolah Mahavajiravudth.
-Meneruskan Lawatan sekitar Bandar Songkla
-Masuk ke tempat menginap di Asrama Pejabat Pelajaran Songkla.
-Makan Malam bersama Konsulat Malaysia di Songkla.
Hari Ketiga (4/1/2011)
-Lawatan Rasmi ke Mahavajiravudth School
-Taklimat berkenaan Kurikulum / Akademik dan Kokurikulum Sekolah Mahavajiravudth.
-Sessi Dialog bersama Pentadbir Mahavajiravudth School.
-Bertolak ke Bandar Hatyai.
-Solat Zuhur di Masjid Daerah Songkla
-Membeli belah di Bandar Hatyai
-Bertolak pulang ke Padang Besar jam 5.00pm.
Hari Keempat (5/1/2011)
-Tiba di Stesyen Keretapi Rawang jam 5.00 pagi.
Semoga hubungan yang sebegini dapat diteruskan lagi.
Ice Breaking Sistem Rumah
Pihak Unit Kaunseling dengan kerjasama AJK Sistem Rumah telah melaksanakan Ice Breaking Sistem rumah yang melibatkan semua pelajar bertempat di Dewan Al-Aqsa. Ia merupakan antara slot semasa Minggu Suaikenal Pelajar Tingkatan 1 bertujuan merapatkan hubungan antara ahli rumah serta membangkitkan semangat setiap ahli rumah.
Majlis Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 sesi 2011
Majlis Pendaftaran Pelajar telah berlangsung dengan jayanya pada 5 Januari 2011 dengan jumlah pelajar yang mendaftar seramai lebih kurang 62 orang. Di majlis ini, taklimat telah disampaikan oleh pihak pentadbiran SEPINTAR dan ibubapa serta pelajar turut melafazkan ikrar. SEPINTAR mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar baru semoga menjadi insan yang cemerlang.
Menjemput Pelajar Thailand bagi sesi 2011
Suasana ketika menjemput Pelajar-pelajar Thailand di Stesyen Keretapi Hat Yai bagi memulakan sesi persekolahan 2011. Bertolak 4 Januari 2011 jam 4 petang.
Majlis Pendaftaran Pelajar Sesi 2011
Pada 2 Januari 2011 telah berlangsung Majlis Pendaftaran Pelajar sesi 2011 di Dewan Al-Aqsa. Sepanjang majlis yang tamat pada jam 6.15 petang itu, ibubapa boleh membuat pembayaran yuran serta bertanyakan soalan-soalan berkaitan aktiviti sekolah sepanjang tahun 2011. Slot ceramah keibubapaan turut diselitkan bagi memberi idea serta panduan berguna kepada ibubapa yang hadir. Taklimat turut disampaikan oleh Pn Hjh Senaini bt Long, Pengetua SEPINTAR.
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Anda boleh buat semakan secara dalam talian di pautan berikut: https://lookerstudio.google.com/reporting/41a63535-dcad-4f41-9230-4d5f920716...
-
SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG Bandar Tasik Puteri, 48020 Rawang, Selangor. Tel: 603-60928192 Faks: 603-60917309 E-Mail: bra...



































