30 Januari 2016, Mesyuarat Agung PIBG merupakan satu platform penting dalam agenda sekolah dalam memantapkan penglibatan ibubapa serta guru ke arah kemajuan SEPINTAR. Mesyuarat yang diadakan di Dewan Al-Aqsa berjalan lancar dan mendapat sokongan yang baik dari para ibubapa yang hadir.
Perhimpunan Bulanan Januari
29 Januari 2016, Perhimpunan Bulanan Januari telah diadakan bertempat di Bilik Seminar. Ucaptama telah disampaikan oleh Tn Hj Addenan Osman, Pengetua SEPINTAR dan beliau turut menyampaikan hadiah kepada warga SEPINTAR yang menyambut harijadi pada bulan November, Disember dan Januari.
Larian SEPINTAR
22 Januari 2016, SEPINTAR telah mengadakan Larian SEPINTAR dan trek pada tahun ini adalah di sekitar Bandar Tasik Puteri. Semua peserta larian telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan menamatkan larian dengan jayanya.
Taklimat Program PLC (Professional Learning Community)
21 Januari 2016, Taklimat ini telah disampaikan kepada guru-guru bertempat di Fathur Rahman Learning Centre, SEPINTAR.
Pelancaran Program STEP (Sepintar Talents Enrichment Programme)
20 Januari 2016, Program STEP merupakan program yang dijalankan setiap tahun bermatlamat mengintegrasikan softskill didalam aktiviti pelajar pintar cerdas (gifted student) bagi melahirkan perlakuan pintar cerdas (gifted behaviour) Ia merupakan adaptasi berdasarkan model oleh Renzulli dari Universiti of Connecticut, Amerika Syarikat. Majlis disempurnakan oleh Tn Hj Addenan Osman, Pengetua SEPINTAR dan disusuli persembahan STEP sebagai gimik perasmian.
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Anda boleh buat semakan secara dalam talian di pautan berikut: https://lookerstudio.google.com/reporting/41a63535-dcad-4f41-9230-4d5f920716...
-
SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG Bandar Tasik Puteri, 48020 Rawang, Selangor. Tel: 603-60928192 Faks: 603-60917309 E-Mail: bra...