Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2018

Iftar Jamaei

Imej
8 Jun 2018, Gambar-gambar suasana sekitar Majlis Iftar Jamaei warga SBPI Rawang bersama ibubapa murid.

Latihan Pengungsian Bangunan Asrama

Imej
 8 Jun 2018, Unit HEM telah mengadakan Latihan Fire Drill di asrama dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang. 9 orang anggota telah turut sama membantu menjayakan latihan kali ini. Latihan bermula jam 4 pagi melibatkan murid asrama putera dan puteri seterusnya taklimat dan rumusan di Dewan Makan. Murid bersurai jam 4.50 pagi untuk bersahur dan pengurusan diri. Semoga dengan latihan ini akan memberi pendedahan berguna kepada murid dalam menghadapi situasi cemas.

Majlis Khatam Al-Quran, Penutup Ihya Ramadhan dan Bulan Bidang Pendidikan Islam

Imej
 7 Jun 2018, Majlis yang berlangsung di Dewan Al-Aqsa ini telah disempurnakan oleh Tn Hj Addenan Osman, Pengetua SBPI Rawang. Hadiah-hadiah telah turut disampaikan pada semua pemenang-pemenang. Tahniah dan syabas.

Ikon Dakwah

Imej
 6 Jun 2018, Gambar-gambar sekitar pertandingan Ikon Dakwah Musim 1.

Mesyuarat Agung Koperasi SBPI Rawang Berhad kali ke-15

Imej
 5 Jun 2018, Koperasi SBPI Rawang telah mengadakan satu Mesyuarat Agung bertempat di Dewan Al-Aqsa, SBPI Rawang. Pada mesyuarat ini, kedudukan kewangan, aktiviti serta usul telah dibentangkan dan dibahaskan bersama ahli. Tn Hj Kamilen Marzoki, PK SBPI Rawang telah merasmikan mesyuarat.