Taklimat Pengurusan Sukan untuk PKKoku Sek Ren dan Menengah Negeri Selangor
28 Januari 2019, SBPI Rawang telah diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah taklimat yang melibatkan Penolong Kanan Kokurikulum Negeri Selangor. Taklimat telah diadakan bertempat di Dewan Al-Aqsa.
Larian Merentas Desa peringkat Sekolah
26 Januari 2019, Gambar-gambar sekitar Larian SEPINTAR yang telah berlangsung di Bandar Tasik Puteri.
Majlis Dialog Prestasi kali-1
Minggu Silaturrahim Murid TMUA Tingkatan 1
Seramai 107 murid-murid baru Sepintar yang mendaftar pada hari Selasa, 8 Januari 2019 amat teruja dengan pengendalian program Minggu Silaturrahim kendalian Unit Kaunseling Sepintar yang bermula sejak 8 Januari lalu dan akan berakhir pada 31 Januari 2019. Minggu Silaturrahim secara sepenuh masa berlangsung sejak 8 hingga 16 Januari dan diikuti program selepas sesi pengajaran dan pembelajaran dari 17 Januari hingga 31 Januari.
Pelbagai aktiviti menarik dijalankan seperti sesi taklimat penolong-penolong kanan berkaitan kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum, taklimat pelbagai unit perkhidmatan, sesi bimbingan kerohanian daripada Badan Dakwah dan Rohani, terapi urutan stress, Modul Future Map, dan Kemahiran Belajar 5 Domain. Urutan stress dan Future Map adalah modul baru diketengahkan dalam minggu silaturrahim kali ini. Pada 19 dan 20 Januari murid-murid dibawa melawat pusat bandar Rawang dan kawasan sekitar seperti stesen KTM dan Pusat Membeli belah Aeon. Program Minggu Silaturrahim dikendalikan oleh kaunselor2 Sepintar iaitu En Esa Abd Samad, Pn Nur Awanis, En Hafiz dan guru2 lain serta Pembimbing Rakan Sebaya.
Laporan oleh Esa Abd Samad Kaunselor Sepintar
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Anda boleh buat semakan secara dalam talian di pautan berikut: https://lookerstudio.google.com/reporting/41a63535-dcad-4f41-9230-4d5f920716...
-
SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG Bandar Tasik Puteri, 48020 Rawang, Selangor. Tel: 603-60928192 Faks: 603-60917309 E-Mail: bra...







