Pada 13 hb Mac hingga 15 hb Mac 2017 Bidang Sains &
Matematik bersama Bidang Teknik & Vokasional telah mengadakan Pesta Sains
dan Teknologi (PASTEK) selama 3 hari. Sebanyak 15 acara telah dipertandingkan
yang melibatkan semua murid daripada tingkatan satu hingga tingkatan 5. Antara
objektif PASTEK adalah untuk meningkatkan minat murid-murid dalam bidang sains
dan teknologi selaras dengan usaha untuk melahirkan bakat dan masyarakat
berliterasi STEM. Selain itu, ia juga sebagai medan pemilihan murid dalam pertandingan
SCITECH UiTM yang akan diadakan pada bulan April nanti.
Fire Drill Blok Akademik
15 Mac 2017, Warga SBPI Rawang telah menjalani satu Latihan Pengungsian Bangunan atau lebih dikenali sebagai Fire Drill berlangsung di Blok Akademik. Loceng kecemasan telah dibunyikan tepat jam 10.50 pagi di Blok Akademik. Latihan ini dianjurkan oleh Unit 3K Hal Ehwal Murid dengan kerjasama Pasukan Bomba Batu Arang. Selepas latihan diadakan, sedikit taklimat keselamatan kebakaran telah disampaikan oleh PBK11 Ahmad Asri b Ahmad dari Balai Bomba Batu Arang. Selesai sesi taklimat, demonstarasi memadam kebakaran telah diadakan di Dataran Raudhah.
Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri Bahasa Inggeris Zon A
Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri Bahasa Inggeris Zon
A telah diadakan pada 11 Mac 2017 bertempat di SBPI Gombak. Berikut adalah
keputusan pertandingan secara terperinci:
Pusingan 1: sepintar vs semasyur = kalah dengan undian juri
2:1
Pusingan 2: sepintar vs sbpi temerloh menang dengan undian
juri 3:0
Pusingan 3: sepintar vs seseri kalah dengan undian juri 2:1
Pembahas terbaik pusingan 2 :Nurdayana Aliah bt Ramli
Pasukan Bahas Bahasa Inggeris berjaya merangkul tempat
pertama dalam kategori Bronze Award dan juga berjaya untuk ke peringkat
kebangsaan yang akan berlangsung di Sekolah Menengah Sains Banting pada 20.5.2017.
Majlis Tadarus Al Quran dan Festival Nasyid Daerah Gombak
Majlis Tadarus Al Quran dan Festival Nasyid telah diadakan pada 11 Mac 2017 bertempat di SAM Rawang. Kontinjen SEPINTAR telah menghantar perserta dalam acara Hafazan (P), Tilawah (P), Syarahan (L & P), kalimatus Sobah, Qiraat Sab'ah Bittarannum dan nasyid. Berikut keputusan pertandingan yang diperolehi di dalam pertandingan tersebut. Keputusan MTQ Daerah Gombak Nasyid : Naib Johan Penyanyi Solo terbaik Lagu Terbaik Qiraat Sab'ah Johan Tilawah Perempuan Johan Hafazan Perempuan Johan Syarahan Lelaki Naib Johan Syarahan Perempuan Johan
Lawatan Penandaarasan Pegawai Pendidikan Daerah Toyama dan Sekolah Tinggi Toyama, Jepun di SBPI Rawang
8 Mac 2017, SBPI Rawang telah menerima kunjungan Pegawai dan murid dari Toyama, Jepun dalam sesi Penandaarasan. Murid yang terlibat juga telah didedahkan dengan budaya Malaysia manakala peserta dari Jepun memberi penerangan tentang Toyama. Di akhir sesi peserta turut menyertai kelas Bahasa Inggeris bersama murid SBPI Rawang. Pihak SBPI Rawang amat berbesar hati dengan kunjungan mesra ini dan berharap hubungan akan berkekalan.
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Anda boleh buat semakan secara dalam talian di pautan berikut: https://lookerstudio.google.com/reporting/41a63535-dcad-4f41-9230-4d5f920716...
-
SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG Bandar Tasik Puteri, 48020 Rawang, Selangor. Tel: 603-60928192 Faks: 603-60917309 E-Mail: bra...























