> SBPI Rawang: Fire Drill Blok Akademik

Rabu, 15 Mac 2017

Fire Drill Blok Akademik

 15 Mac 2017, Warga SBPI Rawang telah menjalani satu Latihan Pengungsian Bangunan atau lebih dikenali sebagai Fire Drill berlangsung di Blok Akademik. Loceng kecemasan telah dibunyikan tepat jam 10.50 pagi di Blok Akademik. Latihan ini dianjurkan oleh Unit 3K Hal Ehwal Murid dengan kerjasama Pasukan Bomba Batu Arang. Selepas latihan diadakan, sedikit taklimat keselamatan kebakaran telah disampaikan oleh PBK11 Ahmad Asri b Ahmad dari Balai Bomba Batu Arang. Selesai sesi taklimat, demonstarasi memadam kebakaran telah diadakan di Dataran Raudhah.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP