Perhimpunan Bulanan Ogos
30 Ogos 2018, Bidang Sains dan Matematik telah diberi kepercayaan sebagai urusetia Perhimpunan Bulanan yang telah diadakan di Fathur Rahman Learning Centre. Pada perhimpunan kali ini, Tn Hj Addenan, Pengetua Cemerlang SBPI Rawang telah berkongsi ilmu serta menyampaikan hadiah kepada warga pendidik serta AKP SBPI Rawang.
Ceramah Pemakanan Sihat dan Pengetahuan Aktiviti Latihan Fizikal
29 Ogos 2018, Panitia PJK, SBPI Rawang telah menganjurkan program ceramah dan aktiviti fizikal sempena Bulan Kemanusiaan bertempat di Dewan Al-Aqsa. Murid dan guru terlibat dalam sesi ini yang dikendalikan oleh Pegawai Pengerusi Teknik Kebangsaan.
Pertandingan STEM Peringkat Daerah Gombak
28 Ogos 2018, Pasukan SBPI Rawang telah menyertai pertandingan ini dalam 2 acara iaitu Roket Air dan Inovasi. Roket air telah mendapat empat ke-2 disertai oleh Muhammad Aizat bin Zakaria dan Mohamad Haqime bin Sharuddin. Peserta yang menyertai inovasi produk Ice Cage iaitu Muhammad Irfan Nasir dan Nik Aliff Rasydan Nik Sen@ Nik Hisham telah mendapat Anugerah Silver.
Program Ibadah Qurban SBPI Rawang 2018/1439H
25 Ogos 2018, SBPI Rawang telah menganjurkan Program Ibadah Qurban bertempat di tempat letak kereta berhampiran padang sekolah. Sebanyak 4 ekor lembu telah ditumbangkan dengan penyertaan melibatkan ibubapa murid, guru serta kakitangan SBPI Rawang.
Taklimat Info Agrotourisme dan Tisu Kultur dr Selangor Fruits Valley
15 Ogos 2018, Sempena sambutan Bulan Kemanusiaan dan Kemerdekaan, Panitia Geografi telah menganjurkan Program Agrotourisme bertempat di Dewan Al_Aqsa, SBPI Rawang. Turut diadakan sesi soal jawab kuiz, jualan souvenior dan jualan buah-buahan segar dari SFV.
Kem Bina Sahsiah Cemerlang
10-12 Ogos 2018, Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Unit Disiplin telah bejaya melaksanakan kem yang memfokuskn pembinaan sahsiah cemerlang dikalangan peserta. Kem ini telah diadakan di tapak kokurikulum SEPINTAR.
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Anda boleh buat semakan secara dalam talian di pautan berikut: https://lookerstudio.google.com/reporting/41a63535-dcad-4f41-9230-4d5f920716...
-
SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG Bandar Tasik Puteri, 48020 Rawang, Selangor. Tel: 603-60928192 Faks: 603-60917309 E-Mail: bra...














