> SBPI Rawang: KARNIVAL ALAM SEKITAR DAN MAHRAJAN DIKIR ARAB PERINGKAT KEBANGSAAN 2018

Sabtu, 11 Ogos 2018

KARNIVAL ALAM SEKITAR DAN MAHRAJAN DIKIR ARAB PERINGKAT KEBANGSAAN 2018



11 Ogos 2018, Kumpulan Dikir Arab SBPI Rawang yang terdiri daripada 15 orang murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 2 telah menyertai KARNIVAL ALAM SEKITAR DAN MAHRAJAN DIKIR ARAB PERINGKAT KEBANGSAAN 2018 di SMKA Tun Rahah, Sabak Bernam, Selangor.
Kumpulan ini diketuai oleh Muhammad Syahmi sebagai Tok Juara dan Ahmad Syahmi sebagai tukang karut. Awak-awak Dikir Arab seramai 9 orang dan pemain muzik tradisonal Dikir Arab seramai 4 orang.

Penyertaan dalam acara ini adalah pertama kali. Walaupun hanya memperolehi saguhati dalam mahrajan ini, murid-murid yang menyertai telah memperolehi ilmu dan pengalaman baru khususnya dalam seni hiburan warisan bangsa Dikir Barat ini.
Terima kasih kepada semua yang membantu.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP