> SBPI Rawang: LADAP Penanda Arasan di Selangor Fruits Valley (SFV)

Ahad, 12 Ogos 2018

LADAP Penanda Arasan di Selangor Fruits Valley (SFV)

 11 Ogos 2018, Pendedahan berkaitan aktiviti dan tarikan ke SFV yang telah dirasmikan sebagai kawasan Selangor Agro-Tourism pada Julai 2017 dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung dengan pelbagai pakej yang menarik. Peserta diberi endedahan oleh En Saad b Mahsah selaku pengarah urusan Agro-Tourism di SFV dan juga Pn Nur Aktika Jamil, Pegawai Eksekutif Kanan Makmal SFV berkenaan teknologi tissue culture dalam pertanian yang diaplikasikan di SFV. Selepas taklimat, peserta dibawa mengelilingi ladang dengan keluasan 1000 hektar, menikmati air kelapa pandan, buah-buahan tempatan serta bermesra dengan haiwan peliharaan yang jinak

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP