Majlis Graduasi dan Sirih Pulang ke Gagang
22 Oktober 2016, Majlis Graduasi dan Sirih Pulang ke Gagang telah selesai diadakan bagi meraikan murid Tingkatan 5 2016. Majlis gilang gemilang ini telah diadakan bertempat di INTEKMA Resort, Shah Alam.
Majlis Solat Hajat Tingkatan 3 dan Tingkatan 5
8 Oktober 2016, Majlis Solat Hajat Perdana telah diadakan di Masjid Al-Qadisiah dan turut dihadiri oleh ibubapa murid Tingkatan 3 dan 5. Majlis dimulakan selepas solat Maghrib dengan bacaan Yaasin manakala solat hajat diadakan selepas solat Isyak.
Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah
8 Oktober 2016, Hari Sukan Negara (HSN) merupakan platform penting dalam menghidupkan kembali budaya dan semangat bersukan yang pernah diamalkan ketika zaman persekolahan melalui hari sukan tahunan. Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, konsep kedua-duanya adalah sama, tetapi skalanya berbeza memandangkan HSN melibatkan keseluruhan rakyat Malaysia. HSN peringkat sekolah telah diadakan bertempat di Padang SEPINTAR melibatkan semua warga SEPINTAR.
Kajian Lapangan Geografi Tingkatan 1
5 Oktober 2016, Sekitar Kajian Lapangan Geografi murid Tingkatan 1 yang telah diadakan di Taman Botani Negara, Shah Alam.
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Anda boleh buat semakan secara dalam talian di pautan berikut: https://lookerstudio.google.com/reporting/41a63535-dcad-4f41-9230-4d5f920716...
-
SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG Bandar Tasik Puteri, 48020 Rawang, Selangor. Tel: 603-60928192 Faks: 603-60917309 E-Mail: bra...