Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2018

LADAP Al-Quran dan STREAM-Science

Imej
 22 September 2018, LADAP melibatkan semua guru dan AKP bertajuk "Al-Quran dan STREAM-Science" telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Fathur Rahman Learning Centre. Perkongsian menarik ini telah disampaikan oleh En Mohamad Nazir b Mohammad Ghazali, Pensyarah Fakulti Kejuruteraan dari UNISEL. Sesuai dengan pelajar TMUA, perkaitan al-quran dan topik yang diajar akan menghidupkan lagi penghayatan pelajar dalam topik yang dipelajari. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan oleh semua guru dalam memantapkan lagi profesion keguruan.

Pelancaran 'Verbal Enhancement Programme'

Imej
 7 September 2018, Bidang Bahasa SBPI Rawang telah mengadakan majlis pelancaran 'Verbal Enhancement Program' bertempat di Dewan Al-Aqsa, SBPI Rawang. Tn Hj Addenan bin Osman, Pengetua Cemerlang SBPI Rawang telah merasmikan pelancaran ini.

Solat Hajat PT3

Imej
 7 September 2018, SBPI Rawng telah menganjurkan Majlis Solat Hajat PT3 bertempat di Masjid Al-Qadisiah, SBPI Rawang. Walaupun ramai ibubapa tiba sedikit lewat kerana masalah kesesakan jalan raya, solat hajat telah berjaya dilaksanakan mengikut jadual. Sokongan dari ibubapa serta guru diharap dapat memberi suntikan semangat kepada murid untuk menghadapi peperiksaan yang bakal tiba.

Surat Jemputan Majlis Solat Hajat PT3

Imej

Ekspedisi Bukit Broga

Imej
  31 Ogos 2018, S eramai 48 orang ahli Kelab Geografi di bawah bimbingan guru penasihat Pn Wan Norliza Bt Hamat dan Pn Kasmawati Bt Haron bersama dengan 5 guru pengiring telah berjaya mengibar jalur gemilang di kemuncak Bukit Broga pada pagi 31 Ogos 2018. Ekspedisi ini berjalan dalam keadaan yang baik walau terpaksa melalui rintangan dan kekuatan fizikal dan mental untuk tiba di kemuncak.Semua peserta teruja melihat keindahan alam dari kemuncak , ditambah dengan udara sejuk yang menyamankan setiap pengunjung yang datang ke sini.Ekspedisi ini menambah rasa syukur kami kepada kebesaran Allah Swt.