> SBPI Rawang: LADAP Al-Quran dan STREAM-Science

Isnin, 24 September 2018

LADAP Al-Quran dan STREAM-Science

 22 September 2018, LADAP melibatkan semua guru dan AKP bertajuk "Al-Quran dan STREAM-Science" telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Fathur Rahman Learning Centre. Perkongsian menarik ini telah disampaikan oleh En Mohamad Nazir b Mohammad Ghazali, Pensyarah Fakulti Kejuruteraan dari UNISEL.
Sesuai dengan pelajar TMUA, perkaitan al-quran dan topik yang diajar akan menghidupkan lagi penghayatan pelajar dalam topik yang dipelajari.
Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan oleh semua guru dalam memantapkan lagi profesion keguruan.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP