Pada tanggal 6 Ogos 2010,Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang telah menghantar kontijen ragbi bawah 16 tahun,Rawang Rovers ke SBPI Kubang Pasu bagi menyertai Kejohanan Ragbi SBP 10’s.Seramai 16 orang pelajar telah menyertai kejohanan ini dengan diiringi 3 orang guru iaitu En. Shahnol b. Rozani,En. Mohd Iskandar b. Yusoff dan En. Mustafa Kamal b. Jamaluddin.Pasukan Rawang Rovers ke Kubang Pasu bersama – sama dengan pasukan SMS Selangor pada jam 9 pagi. Rawang Rovers telah ditempatkan dalam kumpulan O bersama Sekolah Menengah Sains Tunku Jaafar(STJ) dan Sekolah Menengah Sains Kuching. Pada pagi 7 Ogos 2010,jam 10 pagi,cabaran bagi pasukan Rawang Rovers telah bermula dengan berlangsungnya perlawanan pertama menentang pasukan STJ. Pada separuh masa pertama,Rawang Rovers dikejutkan dengan ‘try’ pertama oleh pasukan STJ. Namun,berbekalkan keazaman yang tinggi,Rawang Rovers mula mengatur serangan balas dan hasilnya Rawang Rovers berjaya mendapatkan satu ‘try’ menerusi gerakan saudara Fau...