> SBPI Rawang: Disember 2011

Selasa, 27 Disember 2011

Keperluan Pelajar 2012

Sila Rujuk Senarai Keperluan Barang Pelajar SEPINTAR 2012 pada link ini :



Pembelian barangan boleh dibuat di Koperasi SEPINTAR pada 3hb Januari 2012.

Harap Maklum

Jumaat, 23 Disember 2011

Pengumuman Keputusan PMR 2011

22 Disember 2011. Bertempat di Dewan Al-Aqsa, SEPINTAR, keputusan PMR 2011 telah diumumkan dan pelajar-pelajar yang cemerlang telah diberikan hadiah oleh pihak sekolah. Semoga kecemerlangan ini dapat dikekalkan.

Jamuan Warga Keja SEPINTAR di Jam's Kitchen

21 Disember 2012. Satu Majlis Jamuan makan tengahari telah dianjurkan oleh Kelab Guru dan Kakitangan dengan kerjasama JK LADAP SEPINTAR bertempat di Jam's Kitchen, Rawang. Turut diadakan di majlis ini penyampaian hadiah kepada guru-guru dan staf dan pihak pentadbir turut mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan sijil-sijil kepada individu yang menunjukkan prestasi yang baik sepanjang 2011 dan juga kepada mereka yang akan berpindah sekolah pada tahun hadapan.

Mesyuarat Guru

 21 Disember 2011. Mesyuarat Guru telah diadakan di Bilik Mesyuarat bagi membincangkan serta memberi penerangan kepada guru-guru berkaitan persiapan menjelang sesi persekolahan 2012. Taklimat telah disampaikan oleh Pn Hjh Senaini bt Long, Pengetua Cemerlang SEPINTAR, disusuli Penolng Kanan, 
PK Hal Ehwal Murid dan PK Kokurikulum. Jawatankuasa-jawatankuasa bagi tahun 2012 turut dibentangkan pada mesyuarat ini. 

Rabu, 21 Disember 2011

Penyerahan Keputusan PMR 2011

Pengumuman Kepada Semua Calon PMR 2011 SEPINTAR, Keputusan Akan Diumumkan dan Diserahkan Kepada Calon pada 
22 Disember 2011 di Dewan Al-Aqsa Bermula Jam 11.30 pagi. Calon-calon Diwajibkan Berpakaian Batik SEPINTAR 
dan Berkasut serta Kemas. 
Rambut Pendek dan Kemas. 
Segala Yuran Tertunggak Perlu Dijelaskan. Sekian.

Selasa, 13 Disember 2011

Majlis Graduasi dan Sirih Pulang Ke Gagang 2011



4 Disember 2011, Majlis Graduasi bagi menandakan tamatnya persekolahan Graduan Tingkatan 5 SEPINTAR. Majlis telah diadakan di Zam-Zam Arabic Restaurant Shah Alam. Majlis ini telah disempurnakan dengan kehadiran Tn Hj Rosland Hussein, Pengarah BPSBPSK.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP