19 - 21 April 2013, Pasukan The Dribblers telah menyertai program pembangunan dan latihan bola sepak bertempat di Universiti Putra Malaysia dinamakan Ops Mokhtar Dahari. Program ini merupakan program Jalinan bersama IPTA yang merupakan IPTA angkat untuk SEPINTAR. Pelbagai program telah diatur sepanjang program seperti slot Pemakanan Sukan, Psikologi Sukan, Pemgujian dan Penilaian, Terapi Air dan Analisa Permainan Bola Sepak. Puan Zaiton Othman, Pengarah Bahagian Organisasi dan Hal Ehwal Atlet di Majlis Sukan Negara telah berkesempatan bersama menyampaikan slot Psikologi Sukan. Pasukan SEPINTAR juga telah menjalani dua perlawanan persahabatan menentang Pasukan UPM. Terima kasih diucapkan kepada Dr Tengku Fadilah bt Tengku Kamalden dan Dr Soaib bin Asimiran yang telah bertungkus-lumus dalam memastikan kelancaran program ini.
Program Bola Sepak Ops Mokhtar Dahari kerjasama UPM dan SEPINTAR
19 - 21 April 2013, Pasukan The Dribblers telah menyertai program pembangunan dan latihan bola sepak bertempat di Universiti Putra Malaysia dinamakan Ops Mokhtar Dahari. Program ini merupakan program Jalinan bersama IPTA yang merupakan IPTA angkat untuk SEPINTAR. Pelbagai program telah diatur sepanjang program seperti slot Pemakanan Sukan, Psikologi Sukan, Pemgujian dan Penilaian, Terapi Air dan Analisa Permainan Bola Sepak. Puan Zaiton Othman, Pengarah Bahagian Organisasi dan Hal Ehwal Atlet di Majlis Sukan Negara telah berkesempatan bersama menyampaikan slot Psikologi Sukan. Pasukan SEPINTAR juga telah menjalani dua perlawanan persahabatan menentang Pasukan UPM. Terima kasih diucapkan kepada Dr Tengku Fadilah bt Tengku Kamalden dan Dr Soaib bin Asimiran yang telah bertungkus-lumus dalam memastikan kelancaran program ini.
Kejohanan Memanah SBP VIII Peringkat Kebangsaan
17 - 21 April 2013, Kejohanan telah berlangsung di SMS Hulu Terengganu.Pencapaian individu :
BIL
|
NAMA
|
JARAK(METER)
|
SCORE
|
RANKING
|
|||
70/60
|
60/50
|
50/40
|
30
|
||||
1
|
NUR EZAIDI BIN AHMAD JAILANI
|
209/40
|
254/32
|
222/33
|
286/42
|
971
|
32/186
|
2
|
MUHAMMAD AFIQ
FATHUDDIN ABD RAIS |
210/38
|
188/73
|
102/86
|
243/60
|
743
|
48/186
|
3
|
MUHAMMAD NAJMI BIN RISDAN
|
145/71
|
162/86
|
129/71
|
250/56
|
686
|
54/186
|
4
|
AFIFA NUR ATIKA ABDUL GHANI AZIZI
|
252/9
|
282/10
|
233/15
|
99/5
|
866
|
7/171
|
5
|
PUTERI EZREEN SYARIHAH MEGAT OSMAN
|
239/12
|
240/22
|
223/18
|
81/18
|
783
|
13/171
|
6
|
AINUL MARDHIAH ROSLAN HAKIM
|
121/52
|
174/50
|
67/95
|
20/109
|
382
|
58/171
|
Ranking individu semua pemanah telah meningkat dengan baiknya pada kali
ini. Kesungguhan latihan dan sentuhan
jurulatih profesional telah berjaya menaikkan prestasi mereka.
Semua 6 pemanah SEPINTAR Berjaya melayakkan diri ke
pusingan olimpik. Ia telah menunjukkan
peningkatan dimana tahun lepas, hanya 2 orang sahaja melepasi kelayakan olimpik
round.
Olimpik Round hanya terhad kepada 64 pemanah-pemanah SBP
terbaik.
Kejayaan:
Afifa Nur Atika bt Abdul Ghani Azizi telah Berjaya
mewakili zon tengah bersama-sama pemanah dari KUSES iaitu Renitha Ramachandran
dan pemanah dari SMAP Kajang iaitu Farhanna.
Setiap zon menghantar pemanah terbaik dari setiap sekolah. 3 pasukan terbaik zon sahaja yang
dipilih. SEPINTAR di kedudukan kedua zon
tengah. Pasukan ini telah menjadi johan
Olimpik Round berpasukan menewaskan pasukan dari sekolah jemputan.
Guru Pengiring: Rosila Amat
Kamari
Azlina Abdullah
Jurulatih Puan Faridah binti Osman
Pemanah Lelaki: Nur
Ezaidi bin Ahmad Jailani 4 JM
Muhammad Najmi bin Risdan 3 JA
Muhammad Afiq Fathuddin bin Abd Rais 3 JF
Pemanah Perempuan Afifa Nur Atika
bt Abdul Ghani Azizi 4 JN
Puteri
Ezreen Syarihah bt Megat Osman 4 JM
Ainul
Mardhiah bt Roslan Hakim 2 JF
Pertandingan Malaysian International Young Inventors Olympiad (MIYIO)
17-19 APRIL 2013, BERTEMPAT DI UNIVERSITI MALAYSIA
PERLIS (UNIMAP) SEPINTAR TELAH MENGHANTAR 2 PASUKAN R N D KE PERINGKAT
ANTARABANGSA. BAGI PERTANDINGAN MALAYSIAN INTERNATIONAL YOUNG INVENTORS
OLYMPIAD (MIYIO 2013) DIWAKILI OLEH MUHAMMAD AMMAR IRFAN BIN
HASMYNOR, MUHAMMAD IKHWAN AKMAL BIN MOHD YUSOFF DAN AMRIL WAFIY BIN
SHOEID. TAJUK PROJEK KAJIAN INI IALAH FROM WASTE TO WEALTH:
“INORGANIC NEUTRALIZER AND HEAVY METAL ADSORBENT (FROM COCKLES SHELL)“
IAITU PENGGUNAAN SERBUK KULIT KERANG SEBAGAI PENEUTRAL AIR SISA INDUSTRI YG
BERASID SERTA PENJERAP LOGAM BERAT (ION KUPRUM) DARI AIR SISA TERSEBUT. PASUKAN
INI BERJAYA MENDAPAT GOLD AWARD DAN SATU SPECIAL AWARD DARI WORLD INVENTION
INTELLECTUAL PROPERTY ASSOCIATIONS (WIIPA), TAIWAN.
BAGI PERTANDINGAN INTERNATIONAL ENGINEERING INVENTION AND
INNOVATION EXHIBITION ( I-ENVEX 2013) PULA DIWAKILI OLEH MUHAMMAD AMMAR
SYUKRI BIN MUHD ADZHAR , NOR DANIAL B NOR AZMY DAN MUHAMMAD
NABIL IQBAL B. ZULKEFLI. TAJUK PROJEK KAJIAN INI IALAH FROM WASTE TO
WEALTH: “SUPER AG LIME BLEND ( FROM COCKLES SHELL) “- TO
IMPROVE ACIDIC SOIL IAITU PENGGUNAAN SERBUK KULIT KERANG SEBAGAI PENEUTRAL
TANAH BERASID DI SEKOLAH KITA. PASUKAN INI JUGA BERJAYA MENDAPAT GOLD
AWARD.
KEDUA-DUA PASUKAN INI DIBIMBING OLEH PUAN MARLINA BINTI MAT
NAPES SEBAGAI PENYELIA PROJEK DAN DIBANTU SERTA DIPANTAU OLEH PUAN
SHAJARATURRDUR HUSSIN, PUAN KAIRULAFDZAR AHMAD SHAH DAN PUAN SAKINAH
BINTI YUSOFF. KEDUA-DUA PROJEK INI MENGADAKAN PROGRAM JALINAN BERSAMA FAKULTI
KEJURUTERAAN KIMIA UPM DI BAWAH BANTUAN DR MOHD RAZIF.
SEPINTAR di Tempat Ketiga Kejohanan Bola Sepak MSSD Gombak 2013
17 April 2013, Pasukan Bola Sepak SEPINTAR telah menamatkan perjuangan di persada MSSD Gombak dan menduduki tempat ketiga keseluruhan. Pasukan SEPINTAR yang berjuang bermati-matian sehingga ke saat terakhir terpaksa berpuas hati dengan penentuan sepakan penalti menentang pasukan SMK Selayang Baru. Empat orang pemain telah terpilih untuk menghadiri sesi pemilihan untuk pasukan Gombak ke MSSS. Tahniah dan syabas.
SEPINTAR B18 Cemerlang di Suku Akhir Pertandingan Bola Sepak MSSD Gombak
16 April 2013, Dalam perlawanan di SMK Seri Garing Pasukan SEPINTAR yang membuka tirai perlawanan untuk peringkat suku akhir telah bermain dengan cemerlang menentang pasukan STAR Batu Arang dengan perlawanan berkesudahan 3-1. Seterusnya pasukan SEPINTAR turun menentang pasukan SMK Gombak Setia dengan keputusan 1-0. Keputusan ini melayakkan pasukan SEPINTAR mara ke peringkat separuh akhir di SBPI Gombak pada 17 April 2013. Syabas pasukan The Dribblers.
Perkongsian Pintar bersama SMK Kota Damansara
12 April 2013, Satu lagi program perkongsian pintar yang dikelolakan oleh pihak SEPINTAR telah berada dipenghujungnya iaitu bersama murid-murid dari SMK Kota Damansara. Murid-murid ini telah berada di SEPINTAR sejak 8 April 2013 dan mereka amat teruja kerana dapat merasai kehidupan di asrama yang mempunyai jadual yang tersendiri. Diharapkan perkongsian ini dapat melonjakkan kecemerlangan antara kedua-dua pihak.
Perkongsian Pintar bersama SMA MAIWP
12 April 2013, Perkongsian Pintar bersama murid-murid dari SMA MAIWP telah tiba di penghujung dengan majlis penutupan di Bilik Mesyuarat SEPINTAR. Murid-murid ini telah berada di bumi SEPINTAR sejak 7 April 2013 dan telah mengikuti kelas serta program yang belangsung di sini. Semoga perkongsian ini mendatangkan faedah kepada kedua-dua pihak.
SEPINTAR B-18 Johan Zon G Pertandingan Bola Sepak MSSD Gombak
11 April 2013, Pasukan Bola Sepak B 18 SEPINTAR akan mara ke peringkat seterusnya setelah muncul Johan Zon G dalam perlawanan yang telah berlangsung di Padang Bola Sepak SMK Bandar Tasik Puteri. Guru dan murid-murid dari SEPINTAR juga telah dilantik sebagai pengelola Kojhanan Peringkat Zon dan menguruskan aspek teknikal, jadual, kecemasan serta pengurusan perlawanan.
Keputusan penuh perlawanan dimana pada perlawanan pertama SBPIR vs SMK BTP (0-0), SBPIR vs SMK Ideal Heights (1-0) dan SBPIR vs SMK Tmn Keramat (3-2). Pusingan kedua akan berlangsung pada 16 April 2013 di SMK Seri Garing dan bakal menyaksikan Johan dan Naib Johan dari setiap Zon untuk perlawanan suku akhir.
Keputusan penuh perlawanan dimana pada perlawanan pertama SBPIR vs SMK BTP (0-0), SBPIR vs SMK Ideal Heights (1-0) dan SBPIR vs SMK Tmn Keramat (3-2). Pusingan kedua akan berlangsung pada 16 April 2013 di SMK Seri Garing dan bakal menyaksikan Johan dan Naib Johan dari setiap Zon untuk perlawanan suku akhir.
Mesyuarat Agung PIBG kali ke 11
5 April 2013, Mesyuarat Agung PIBG kali ke-11 telah diadakan mengikut perancangan bertempat di dewan al-aqsa. Antara agenda mesyuarat pada kali ini adalah pembentangan laporan kewangan, perbincangan usul dan perlantikan AJK yang baru. Selepas kiraan undi, En Ibrahim Saddiqi telah dilantik sebagai YDP PIBG yang baru menggantikan Tn Hj Zulkifli Baharom yang meletakkan jawatan kerana anak beliau telah menamatkan persekolahan di SEPINTAR. Warga SEPINTAR mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tn Hj Zulkifli diatas sumbangan serta peranan beliau dalam PIBG.
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Anda boleh buat semakan secara dalam talian di pautan berikut: https://lookerstudio.google.com/reporting/41a63535-dcad-4f41-9230-4d5f920716...
-
SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG Bandar Tasik Puteri, 48020 Rawang, Selangor. Tel: 603-60928192 Faks: 603-60917309 E-Mail: bra...




