> SBPI Rawang: Program Bola Sepak Ops Mokhtar Dahari kerjasama UPM dan SEPINTAR

Selasa, 30 April 2013

Program Bola Sepak Ops Mokhtar Dahari kerjasama UPM dan SEPINTAR








 19 - 21 April 2013, Pasukan The Dribblers telah menyertai program pembangunan dan latihan bola sepak bertempat di Universiti Putra Malaysia dinamakan Ops Mokhtar Dahari. Program ini merupakan program Jalinan bersama IPTA yang merupakan IPTA angkat untuk SEPINTAR. Pelbagai program telah diatur sepanjang program seperti slot Pemakanan Sukan, Psikologi Sukan, Pemgujian dan Penilaian, Terapi Air dan Analisa Permainan Bola Sepak. Puan Zaiton Othman, Pengarah Bahagian Organisasi dan Hal Ehwal Atlet di Majlis Sukan Negara telah berkesempatan bersama menyampaikan slot Psikologi Sukan. Pasukan SEPINTAR juga telah menjalani dua perlawanan persahabatan menentang Pasukan UPM. Terima kasih diucapkan kepada Dr Tengku Fadilah bt Tengku Kamalden dan Dr Soaib bin Asimiran yang telah bertungkus-lumus dalam memastikan kelancaran program ini.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP