Memaparkan catatan dengan label Kokurikulum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kokurikulum. Papar semua catatan
Pertandingan Toyota Eco Youth Peringkat Kebangsaan 2022/2023
Pasukan dari SEPINTAR membawa pulang wang tunai RM5,000 setelah meraih tempat ke 5 dari 16 pasukan yang berentap dalam Pertandingan Toyota Eco Youth Peringkat Kebangsaan 2022/2023 yang diadakan di Hotel Concorde Shah Alam pada 6 hingga 8 Februari 2023.
Pasukan yang dibimbing oleh Cikgu Siti Amira terdiri daripada dua orang murid tingkatan 4, dan dua orang dari tingkatan 3.
𝐊𝐞𝐣𝐨𝐡𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐊𝐫𝐢𝐤𝐞𝐭 𝐒𝐁𝐏 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟐
Skuad Kriket SEPINTAR berkampung di Sek. Men. Sains Tengku Abdullah, Raub selama 4 hari (25-28 September 2022) bagi berentap di dalam 𝐊𝐞𝐣𝐨𝐡𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐊𝐫𝐢𝐤𝐞𝐭 𝐒𝐁𝐏 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟐.
Alhamdulillah, SEPINTAR berjaya menamatkan kejohanan di Tempat Ke-4 Premier B.
Tahniah dan syabas kepada semua murid dan guru yang terlibat!
𝐊𝐞𝐣𝐨𝐡𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐭𝐚𝐧𝐪𝐮𝐞 𝐀𝐧𝐠𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 2022
Skuad Petanque SEPINTAR (SNIPERS) memulakan langkah dengan baik di 𝐊𝐞𝐣𝐨𝐡𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐭𝐚𝐧𝐪𝐮𝐞 𝐀𝐧𝐠𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 setelah Triple Lelaki berjaya mara ke peringkat playoff, dan Triple Perempuan berjaya mara sehingga ke Pusingan 32. Kejohanan dilangsungkan pada 26 & 27 September 2022, bertempat di Arena Petanque MPKS.
Tahniah SNIPERS yang baru 2 tahun diwujudkan di SEPINTAR.
𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐈𝐧𝐯𝐞𝐧𝐭𝐢𝐨𝐧, 𝐈𝐧𝐧𝐨𝐯𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧, 𝐃𝐞𝐬𝐢𝐠𝐧 𝐀𝐧𝐝 𝐑𝐞𝐬𝐞𝐚𝐫𝐜𝐡 (𝐍𝐈𝐈𝐃𝐑) 𝟐𝟎𝟐𝟐
Alhamdulillah, SEPINTAR memperoleh 2 Silver Award di 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐈𝐧𝐯𝐞𝐧𝐭𝐢𝐨𝐧, 𝐈𝐧𝐧𝐨𝐯𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧, 𝐃𝐞𝐬𝐢𝐠𝐧 𝐀𝐧𝐝 𝐑𝐞𝐬𝐞𝐚𝐫𝐜𝐡 (𝐍𝐈𝐈𝐃𝐑) 𝟐𝟎𝟐𝟐 melalui inovasi 'Thermogen' dan 'Clove Candle' hasil ciptaan beberapa orang murid SEPINTAR.
Pertandingan telah dilangsungkan pada 27 September bertempat di Dewan Sri Impian, Hotel UiTM Shah Alam.
Tahniah dan syabas kepada murid dan guru yang terlibat!
𝐒𝐚𝐫𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐑𝐨𝐛𝐨𝐭𝐢𝐤 𝐒𝐁𝐏 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟐
Pada 13 hingga 15 September yang lalu, Kelab Robotik & Avionik SEPINTAR telah menghantar 4 pasukan bagi menyertai 𝐒𝐚𝐫𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐑𝐨𝐛𝐨𝐭𝐢𝐤 𝐒𝐁𝐏 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟐 secara dalam talian. Kategori yang dipertandingkan adalah Robot Line Follower Advanced, Robot Line Follower DIY, Robot Pathfinder, dan Robot Sumo DIY.
Doakan kejayaan mereka di peringkat akhir nanti.
𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐏𝐈𝐌 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟐
𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐏𝐈𝐌 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟐 telah dilaksanakan di kawasan sekolah pada 16 & 17 September 2022.
Program Motivasi Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2022
Pada 15 September 2022, Panitia PJPK bersama Unit Sukan & Permainan telah menganjurkan satu Program Motivasi Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan di Bawah Bidang Kemanusiaan 2022, iaitu 𝐋𝐚𝐠𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐒𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐀𝐢𝐫: "𝐌𝐨𝐭𝐢𝐯𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 & 𝐈𝐧𝐬𝐩𝐢𝐫𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐒𝐡𝐚𝐫𝐢𝐧𝐠 𝐌𝐨𝐦𝐞𝐧𝐭" 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡𝐲𝐚𝐫𝐡𝐚𝐦 𝐌𝐨𝐤𝐡𝐭𝐚𝐫 𝐃𝐚𝐡𝐚𝐫𝐢 @ 𝐒𝐮𝐩𝐞𝐫𝐦𝐨𝐤𝐡.
Semoga perkongsian yang disampaikan menjadi inspirasi dan motivasi diri buat semua murid SEPINTAR untuk lebih berjaya dan cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik, bahkan bidang ko-akademik.
KEJOHANAN MEMANAH TERBUKA SEPINTAR INDOOR 18M ANTARA SBP PERINGKAT KEBANGSAAN
Pada 29 & 30 Ogos yang lalu, SBPI Rawang telah menganjurkan satu 𝐊𝐞𝐣𝐨𝐡𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐦𝐚𝐧𝐚𝐡 𝟏𝟖𝐌 (𝐭𝐞𝐫𝐛𝐮𝐤𝐚) 𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐒𝐁𝐏 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟐 (𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐭𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧). Sebanyak 44 buah sekolah telah menyertai kejohanan tersebut bertempat di sekolah masing-masing (online).
Perkara yang menarik perhatian umum pada kejohanan kali ini adalah acara Memanah Tradisional & Barebow turut dipertandingkan, selain Recurve & Compound.
𝐊𝐞𝐣𝐨𝐡𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐁𝐨𝐥𝐚 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐁𝐏 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐙𝐨𝐧 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡 𝟐𝟎𝟐𝟐
𝐊𝐞𝐣𝐨𝐡𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐁𝐨𝐥𝐚 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐁𝐏 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐙𝐨𝐧 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡 𝟐𝟎𝟐𝟐 telah dilangsungkan pada 27 hingga 29 Ogos, bertempat di KISAS & SJK (C) Pin Hwa 1.
Skuad Panthers SEPINTAR buat julung kalinya mendapat tempat ke-3 bagi kategori lelaki semenjak penubuhan sekolah setelah berjaya mara ke peringkat separuh akhir, namun tewas kepada Sekolah Sultan Alam Shah. Sebelum itu, SEPINTAR dinobatkan sebagai juara kumpulan, dan seterusnya menang ke atas SBPI Sabak Bernam di peringkat suku akhir.
Satu pencapaian yang terbaik dan membanggakan. Tahniah dan syabas buat semua pemain dan guru yang terlibat.
𝐊𝐞𝐣𝐨𝐡𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐊𝐫𝐢𝐤𝐞𝐭 𝐌𝐒𝐒𝐃 𝐆𝐨𝐦𝐛𝐚𝐤 𝟐𝟎𝟐𝟐
𝐊𝐞𝐣𝐨𝐡𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐊𝐫𝐢𝐤𝐞𝐭 𝐌𝐒𝐒𝐃 𝐆𝐨𝐦𝐛𝐚𝐤 𝟐𝟎𝟐𝟐 telah dilangsungkan pada 19 hingga 21 Julai bertempat di SMK Taman Desa 2. Keputusan penuh kejohanan menyaksikan SBPI Rawang dinobatkan sebagai Naib Johan, berada di belakang tuan rumah yang muncul sebagai Johan.
Tahniah dan syabas kepada semua pemain dan guru yang terlibat !
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Anda boleh buat semakan secara dalam talian di pautan berikut: https://lookerstudio.google.com/reporting/41a63535-dcad-4f41-9230-4d5f920716...
-
SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG Bandar Tasik Puteri, 48020 Rawang, Selangor. Tel: 603-60928192 Faks: 603-60917309 E-Mail: bra...

















































